Sunday, January 17, 2010

ASAS KEHIDUPAN BERNIAGA

ANTARA IMPIAN HINGGA MEMBUAT DAN MEMBAIKI

Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Kerasulan dan kenabian itu telah terputus, maka tidak ada rasul dan nabi setelah aku’. Anas berkata, ‘Hal ini menggundahkan orang-orang’. Beliau bersabda, ‘Namun khabar gembira akan tetap lahir,’ Para sahabat bertanya,’Wahai Rasulullah, apakah khabar gembira itu?’ Beliau menjawab, ‘Impian seorang muslim. Impian itu merupakan salah satu bahagian dari kenabian’.- HR Ahmad.

ASAS KEHIDUPAN BERNIAGA (TIANG BANGUNAN NIAGA ) TERBAHAGI KEPADA LIMA IAITU:
  1. IMPIAN (Dream)
  2. MERANCANG
  3. MENGURUS
  4. MEMBUAT
  5. MEMBAIKI (Development; Membuat kepada yg lebaih baik )

Perinciannya:

1. IMPIAN (Dream)

Maksud seperti hadis diatas. Seorang muslim/peniaga, mesti mempunyai ‘impian’ yg besar dan benar dalam hidup/berniaga. Impikanlah segalanya….. (yg halal sahaja), Insyallah, akan dikabulkan. Kerana impian itu juga dari Allah. Anda tidak dapat mengimpikan sesuatu pun jika tidak di’rahmat’kan oleh Allah jua.

Contoh Jenis impian ;

  • Menjadi orang yg Berjaya (dalam bidang apa pun)
  • Menjadi orang kaya harta
  • Menjadi orang yg kaya jiwa (isteri, anak-anak, kawan-kawan, pelanggan, kaya syukur, kaya kesehatan, kaya ilmu, kaya pengalaman, kaya dakwah, dll)
  • Menjadi orang yg mati syahid
  • Menjadi orang yg gembira, seronok, dengan kehidupan
  • Menjadi macam-macam lagi…….

2. MERANCANG

  • SWOT (Own self plan)
  • IP/FP ( Individual Plan/Family plan)
  • BP (Business Plan)
  • SP (Strategic Plan)

3. MENGURUS Mengurus MASA ( Nafas dan Saat) ;

  • Mengurus Diri
  • Mengurus Keluarga
  • Mengurus Perniagaan
  • Mengurus Kawan-kawan
  • Mengurus Persekitaran (Masyarakat, Negeri, Negara, Dunia)

4. MEMBUAT (Amal)

Bahagikan aktiviti mengikut keutamaan :

  • Aktiviti harian
  • Aktiiviti Mingguan
  • Aktiviti Bulanan
  • Aktiviti Tahunan
  • Aktiviti 3-5 tahun
  • Aktiviti 10 tahun
  • Aktiviti 20 tahun
  • Aktiviti menemui Allah SWT (Dalam kubur, Aktiviti Mahsyar, Aktiviti membentangkan amalan kepada Allah)

5. MEMBAIKI (Development; Membuat kepada yg lebih baik ) Membaiki semua yg diatas (item 4) kerana, ‘Manusia’ ini ‘dynamic’ iaitu sedang bergerak menuju kesuatu arah. Zaman berubah, manusia berubah, jadi anda perlu merubah cara/kreativiti mengikut ‘dynamic’ manusia.

‘Membaiki’ adalah Saranan Allah dan Sunnah Rasul. Firman Allah dalam surah Al Ankabut 69: ‘Dan orang-orang yg berusaha dengan bersungguh-bersungguh kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka kejalan-jalan Kami (yg menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yg berusaha membaiki amalannya.’

‘Membaiki’ adalah satu proses pembaikan dari kurang baik kepada keadaan yg lebih baik, manakala ‘mengubah’ adalah proses keluar dari keadaan kegelapan atau ‘belenggu dalam cengkaman diri’ contoh seperti sikap ‘malas’, ‘bodoh sombong’, tidak mahu bertanya dan belajar serta bongkak. (keluar dari keadaan gelap kepada keadaan terang)

Firman Allah SWT yg bermaksud: Sama saja diantara kamu yg merahsiakan ucapannya, siapa yg berterus-terang dengan ucapan itu, siapa yg bersembunyi dimalam hari, dan yg berjalan disiang hari. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yg selalu mengikutinya bergiliran, dimuka dan dibelakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah yg ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yg dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung dari mereka selain Dia. Ar Raad 10-11.

Saturday, January 9, 2010

PERANCANGAN & PENGURUSAN ORANG DULU

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ORANG DULU

Masa zaman datuk-nenek dan bapa saya dulu, mereka juga telah mengamalkan Perancangan, Pengurusan dan Kerja bersistematik. Mereka menanam pokok-pokok diladang-ladang dengan bersistematik.
Dalam 10 tahun menanam, mereka dapat memetih berbagai hasil buah-buahan dan sayur-sayuran yg pelbagai jenis seperti durian, nangka, cempedak, rambutan, manggis, ciku, duku, langsat, asam jawa, petai, belimbing buluh, hempedu bumi, jarak, jagung, tebu, sukun, pisang, bendi, sawi, terung, cili, dsbnya.

Bagaimana mereka berfikir dan merancang ?

Kaedah :

  • Menanam sayur-sayuran yg tempoh matang 2 minggu hingga 2 bulan seperti sawi, bayam, maman, bendi, kacang panjang, terung dll. Ini adalah untuk makanan harian dan lebihannya boleh dijual.
  • Tanaman yg boleh dituai dalam jangkamasa 3-12 bulan, seperti terung, cili, jagung, pisang dll.
  • Tanaman yg boleh dituai dalam jangkamasa 1 tahun hingga 2-3 tahun seperti tebu, pisang, dll.
  • Tanaman jangkamasa 3-5 tahun.
  • Tanaman 5-10 tahun dll

Tiap hari mereka keladang, mengairi pokok, meracun, membuang rumput, membaja, mengutip hasil dll. Masa yg sama digunakan untuk menjaga semua pokok tersebut kerana pokok-pokok tersebut ditanam berselang seli mengikut saiz dan jarak diantara pokok. Alhamdulillah, setelah masa berlalu semua pokok-pokok tersebut berbuah dan boleh dinikmati hasilnya. Jika diambil dari contoh pengurusan dan kerja mereka, maka boleh diambil banyak pengajaran dalam menjalankan kehidupan kita hari ini. Mungkin aktiviti pertanian tidak menjadi keutamaan masyarakat hari ini, tetapi kaedah ini boleh digunakan untuk merancang kejayaan walau dalam apa bidang pun.

Kita hendaklah ‘tanam’ beberapa aktiviti untuk jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Aktiviti tersebut hendaklah dibuat serentak, sambil menyambil. Kita tak boleh makan hasil pokok yg sepuloh tahun lagi jika tidak menanam sekarang. Awas dengan aktiviti hanya menanam pokok yg makanan harian, selalunya kita sebok dan rungsing dengan aktiviti makanan harian hingga terlupa dengan aktiviti masa depan.

Cuma tanam pokok nampak hasil, bagaimana nak menanam dalam bidang masing-masing; Dalam perniagaan, dalam aktiviti berkawan, dalam menjadi guru, dalam menjadi murid, dalam berkerjaya, dsbnya.

Saturday, January 2, 2010

SINDROM 'ORANG LAIN'

PELALI MINDA MASYARAKAT dan SINDROM ‘ORANG LAIN’

Semua manusia cuba mencari penyelesaian bila dia berada dalam sesuatu masalah, berbagai cara dicubanya (kreativiti). Antaranya yg baik ialah mencari Agama untuk menenangkan jiwanya atau menyelesaikan masalahnya, mencari dukun, makan ubat untuk menahan sakit kepala atau sakit lain yg hasil dari ‘frust’ atau ‘stress’ atau dengan jalan berhibur untuk menghilangkan sementara masalah tersebut.

Di India, industry muzik bollywood telah bertapak sekian lamanya, asal-usulnya ia dicipta untuk menghibur dan melupakan ‘sementara’ masalah yg berlaku dalam kehidupan seharian. Setelah penat bekerja, maka dimalam hari mereka pergi berhibur. Ditambah dengan belaian perempuan cantik (yg juga mencari sesuap nasi) untuk menghibur hati yg duka nestapa atau penat lelah, kemudian diiringi dengan minuman yg memabukkan, lagilah dapat melupakan masalah ‘sementara’ yg ada, juga dengan hisapan rokok atau barang lain yg mengkhayalkan. Walaupun rakyatnya 80% hidup susah dan melarat, industry ini berkembang pesat hingga kehari ini. Kenapa ?

Di Malaysia juga berlaku disekitar tahun 50an-70an, dimana kerajaan mengadakan ‘kedai tuak kerajaan’ diestet-estet dan kampong-kampong. Tujuannya juga sama, untuk menyelesaikan masalah ‘sementara’ kesusahan kehidupan rakyat. Industri muzik negara juga mempunyai matlamat yg sama, disamping untuk mengurangkan keresahan hati dan menyelesaikan masalah semasa, lebih teruk lagi jika ianya mempunyai agenda untuk merosakkan akhlak muda-mudi dengan cara pergaulan bebas, mendedahkan aurat, melalaikan mereka supaya jangan mencampuri urusan masyarakat/Negara, jangan merungut tentang ketidak adilan, jangan ganggu perjalanan Negara, dsbnya. Gejala penyalahgunaan dadah juga mempunyai agenda yg sama.

Apakah Agama juga boleh digunakan untuk tujuan yg sama seperti diatas ?? Ya, ianya boleh berlaku jikalau pendekatannya salah atau seseorang mempunyai niat tersebut atau jika dia tidak faham dengan peranan Agama tersebut. Selalunya agama boleh disalahgunakan kepada orang yg tak faham atau jahil dalam agama. Contohnya banyak ajaran sesat masih berleluasa di Malaysia, mereka menggunakan agama untuk tujuan tertentu/peribadi. Mereka tahu permasalahan masyarakat, iaitu setiap manusia akan mempunyai permasalahan hidup (akibat tak faham agama dan Qada Qadar Allah SWT), masalah keluarga, masalah tak pernah cukup duit, masalah kerja, masalah hutang, masalah penyakit dll.
Fitrahnya mereka yg bermasalah akan cuba mencari penyelesaian dengan berbagai cara, Alhamdulillah mereka cuba mencari agama untuk menyelesaikannya, tetapi kerana mereka jahil atau pergi ketempat yg tak sepatutnya (kerana jahil juga), maka mereka diambil kesempatan oleh bomoh, pemimpin tertentu, rasul palsu, guru-guru dsbnya. Bayangkan juga, jikalau mereka pergi mencari penyelesaian dikelab-kelab malam, bar-bar arak, mengambil ubat penenang, dadah dll.(Industri berhibur ini amat terkenal dikalangan kaum China di Malaysia, mereka niagakan apa yg boleh diniagakan dan juga mengambil kesempatan atas masalah manusia, ini juga masalah sejagat) Bagi yg dalam langkah mencari-cari dan ingin memahami agama , perkara ini boleh berlaku juga. Agama boleh menjadi penyedap hati, penenang jiwa, penghibur duka lara.

Contohnya, bila seseorang mempunyai masalah ia akan pergi berjumpa gurunya atau ustadz yg dia selalu belajar. Ustadz akan memberikan beberapa potong ayat Quran untuk dibawa balik sebagai zikir. Maka ia pun mula berzikir tanpa faham maksudnya, tidak mengamalkan maksud zikir itu, tidak terus belajar ilmu-ilmu Islam, tidak mengkaji kitab-kitab Islam dan mengamalkannya, atau tidak mengikut nasihat gurunya itu, tidak meninggalkan larangan Allah.

Masalahnya akan hilang sebentar semasa berzikir itu atau semasa menghadiri kuliah tetapi bila ia balik kerumah atau pergi kerja, masalahnya datang semula. Kenapa? Atau bila dia bermasalah, ia pergi bertemu kawan-kawannya, bercerita hal-hal orang lain (umat Islam), menceritakan bagaimana menyelesaikan masalah orang lain, bagaimana orang lain Berjaya atau gagal, bagaimana umat terdahulu mengamalkan Islam. Tapi bila pulang, masalahnya tidak juga selesai, Kenapa? Sindrom ‘orang lain’

Sindrom ‘orang lain’; Orang lainlah yg akan mengubah dunia, orang lainlah yg akan beramal Islam, orang lainlah yang akan mengubah hidup mereka, orang lainlah yg harus membaiki isterinya, orang lainlah yg tak tolong didik anaknya, orang lain tak menasihatinya, orang lainlah yg zalim, orang lain yg sepatutnya memimpin…. maka orang lainlah jugalah yg akan Berjaya…….(mungkin kerana kebiasaan budaya ‘subsidi’ yg dikatakan untuk membantu rakyat, akhirnya membina sikap yg terlalu mengharap bantuan orang lain.)

Islam tidak boleh menyelesaikan masalah yg dihasilkan dari system(cara hidup) bukan Islam. Tetapi Islam boleh menyelesaikan masalah jikalau mereka hidup dalam system Islam. Dari mula-mula lagi belajar Ilmu Islam, yakin sungguh dengan Ilmu Islam, kemudian beramal (bekerja) bersungguh dengan Islam, meninggalkan larangan Agama islam, baiki perangai lama cara Islam, sabar dengan cara Islam, istiqamah cara Islam, tawakkal cara Islam, doa cara Islam. Insyallah ianya akan menyelesaikan penganut Islam tersebut.

Maksud Al Quran : ‘Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubah apa yg ada dalam dirinya’.