Saturday, November 28, 2009

KEHIDUPAN ADALAH SATU PERNIAGAAN

Firman Allah bermaksud:

Wahai orang yg beriman, mahukah Aku tunjukkan satu perniagaan yg menyelamatkan kamu dari azab yg pedih ? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjihad dijalan Allah (membela dan menegakkan agama Allah) dengan harta dan diri kamu. Yang demikian itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat yg sebenarnya). Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam taman-taman syurga yg mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu ditempat tinggal yg baik didalam syurga A’dn. Itulah kemenangan yg besar. Ada lagi limpah kurnia yg kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yg hampir tiba. Sampaikanlah berita yg menggembirakan itu kepada orang yg beriman’. As Saff 10-13

Juga Firman Allah bermaksud:

‘Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yg beriman akan jiwa mereka dan harta mereka akan ganjaran syurga’. At Taubah 111.

Maksud kehidupan kita adalah perniagaan;
  1. Kita sedang berurusan (bermuamalah) dengan Allah dalam setiap aktiviti hidup
  2. Bermuamalah mesti mempunyai dua pihak. Contoh urusan jual-beli, mesti ada penjual dan pembelinya.Jadi kita berurusan dengan Allah SWT.
  3. Kedua pihak mesti ada barangan untuk dijual beli. Jadi kita mesti ada barangan iaitu segala amal soleh yg dilakukan
  4. Mesti ada akad ( ijab-kabul), kedua-dua pihak bersetuju untuk bermuamalah.Setuju dengan rela, reda, suka, puas hati atas barangan, barang yg dijual baik kualitinya, memang barang yg diperlukan. Penjual mempunyai barangan tersebut dan menjualnya. Pembeli mengkhendaki barang tersebut dan membelinya dengan puas hati, seronok.
  5. Tidak ada unsur penipuan dalam menjual dan membeli. Berhati-hati dengan jual-beli 'penipuan' dengan Allah, iaitu niat yg salah, ria, takabur, dan jual beli yg 'haram' seperti jual beli arak dan babi, contohnya ialah membuat amalan yg diharamkan oleh syarak.
  6. Memudahkan urusan berjual-beli
  7. Ada jual beli secara pembayaran tunai dan tertangguh. Contoh pembelian tunai ialah zikrullah dan segala amal perbuatan semasa. Jual beli tangguh seperti haji (di mulai dengan niat, buka akaun di Tabung Haji, tiap-tiap bulan simpan wang, bila hampir cukup wang pergi daftar nak naik Haji dll) note: Jangan berhutang dengan Allah dalam hal haji ni...Juga contoh urusan jual-beli yg belum selesai seperti hutang dalam jual-beli anda. Hutang mesti dibayar, jika dia meninggal maka warisnya perlu membayar hutang tersebut, hutang mesti diselesikan sebelum harta-hartanya dibahagikan kepada waris-waris. Sebab itu orang yg mati syahid juga tidak terlepas dari urusan hutang didunia.
  8. Berjual beli dengan sifat Ikhsan.Ibadah dan amalan dengan Allah juga bersifat demikian.
Insyallah, semuga dapat direnungkan dan diamalkan.

Friday, November 27, 2009

KEGIATAN EKONOMI DALAM KEHIDUPAN

EKONOMI DAN HARTA Apa tujuan memakmurkan ekonomi dan mencari harta?

Manusia memerlukan keperluan asas dalam kehidupan :
1. Makanan
2. Pakaian
3. Tempat berlindung (rumah dan bangunan perniagaan)
4. Wang
5. Kenderaan
6. Pelajaran
7. Kesihatan

Nota: Keperluan asas diatas seperti dalam keperluan Negara sedang membangun dan Negara maju.

Semua orang sebenarnya terlibat dalam system ekonomi, bermula dari Kerajaan, hingga kesemua rakyat. Semua orang bermuamalah dalam kehidupan seharian, contoh berjual beli, ada penjual dan ada pembelinya. Pengusaha barangan, pertanian, keperluan makanan dsbnya. Semua orang membeli untuk keperluan hariannya.

Tujuan memakmurkan ekonomi:

  1. Semua keperluan asas diatas memerlukan pengusaha, penjual dan pembeli dan system sokongan untuk menjayakannya.Memberi peluang perniagaan dan pekerjaan
  2. Menggunakan sumber asli (pertanian, galian, minyak) untuk bahan mentah
  3. Membina system kemasyarakatan, dengan hubungan sesama manusia dalam bidang ekonomi, ada hubungan silaturahim
  4. Kegiatan ekonomi memberi sumber kewangan kepada peniaga dan pekerja, mereka dapat menyediakan kemudahan asas seperti rumah, makanan, pakaian dan pelajaran anak-anak.
  5. Jika rakyat mempunyai sumber kewangan yg cukup, akan lebih kuasa membeli, ia akan membuatkan lebih banyak barangan diperlukan.
  6. Sumber kewangan kepada Negara (zakat dan cukai), boleh digunakan untuk kemudahan asas seperti jalanraya, jambatan, sekolah dll.
  7. Ekonomi baik, system pelajaran akan berkembang, system ekonomi memerlukan pakar-pakar untuk menjalankannya seperti pengurusan akaun, jurutera, arkitek, jurujual, pelayan, tukang-tukang dll.Banyak kegiatan pelajaran untuk melatih tenaga untuk menjadi tenaga pakar.
  8. Sistem kewangan (bank) untuk keperluan peniaga dan juga pengguna.
  9. Sistem pengangkutan untuk membawa barang dari suatu tempat ketempat yg lain dan kenderaan untuk pengguna pergi membeli barang.
  10. Sistem sokongan; bila ada aktiviti ekonomi, maka diperlukan pekerja untuk mengurus dan melaksanakannya. (juru audit, jurukira, kesetiausahaan, percetakan, penghantaran surat, system kehakiman,)
  11. Takaful

HARTA

Bila ada kegiatan ekonomi, manusia mempunyai pekerjaan, mereka ada wang dan boleh digunakan untuk membeli harta. Wang dan beberapa perkara (rumah, kereta, kapal, tanah, emas, perak dll) termasuk dalam istilah harta.

Apa tujuan harta dalam Islam? Untuk memelihara kehormatan diri, keluarga dan Agama.

Dengan berharta kita boleh:

  1. Menyediakan keperluan asas kepada diri dan keluarga
  2. Membantu memakmurkan system ekonomi tersebut, dgn menjadi pengusaha, penjual atau pembeli.
  3. Boleh membantu Agama
  4. Menyumbang zakat dan cukai (untuk membuat keperluan asas Negara spt jalanraya, jambatan,sekolah dll)
  5. Mengelakkan hilang kehormatan/maruah diri dari meminta-minta
  6. Membantu orang dalam kesusahan atau kurang bernasib baik (miskin)

Kehormatan diri yg dianjurkan Islam dalam mencari harta dan keperluan asas/hidup (Akhlak dalam muamalah):
  1. Tolong menolong dan memudahkan
  2. Berurusan dengan sifat Ikhsan,
  3. Menjaga batas halal, syubahat dan haram
  4. Mempamerkan/mengamalkan Islam (amanah, benar, tepati janji)
  5. Tidak menginayai orang lain (menipu, berbohong, mencuri, merampas harta secara batil)

Thursday, November 26, 2009

JENAMA PILIHAN

‘JENAMA PILIHAN’ (BRANDING)

Jika anda pergi ke kedai atau pasaraya dan ingin membeli sabun atau shampoo, jenama apa yg ingin anda beli ? ataupun anda memang tidak kisah tentang jenama,dan terus beli sahaja.

Pilihan jenama ini bermula kerana beberapa sebab, antaranya ialah:

a. Anda memerlukan produk yg berkualiti

b. Anda tidak tahu memileh, kerana terlalu banyak produk di rak pasaraya tersebut

Tetapi benarkah produk yg berjenama itu berkualiti ? Dan kenapa ia disebut berjenama ? atau jenama diujudkan kerana ‘mereka/manusia tidak boleh membuat pilihan’?

Kebiasaannya mereka akan memileh shampoo jenama yg diiklankan diTV atau majallah kerana melihat wanita cantik dengan rambut yg lembut mengurai dsbnya. Atau anda akan memileh jenama yg di sarankan oleh jurujual (promoter) dipasaraya tersebut, atau anda akan memileh sendiri produk tersebut dengan meneliti botolnya, ramuan yg tertulis, gambarnya, warnanya, cuba membuka botol dan mencium baunya dsbnya.

Kenapa jenama penting dalam kehidupan manusia?

a. Untuk membantu manusia membuat pilihan produk

b. Untuk menandingi pesaing produk/pernigaaan

c. Menunjukkan kualiti atau kestabilan produk/perniagaan

d. Untuk produk terus berada dipasaran(dihati pengguna)

‘Jenama’ dan anda

Dalam perniagaan anda juga perlu membina ‘jenama’ tersebut. Sebelum syarikat mempunyai jenama/imej tersendiri, anda sebagai tuannya perlu membina jenama tersebut untuk memberi keyakinan kepada pengguna/pembeli untuk membeli produk/servis anda. Kebanyakan pengguna membeli kerana pengaruh penjualnya dan juga pengaruh barang tersebut. Aksi/keterampilan penjual memberi 60-80% dan ‘kualiti’ produk 30-50% mempengaruhi pembeli.

Jadi, untuk berniaga, anda memerlukan jenama juga.

Membina ‘jenama’ adalah membina ‘diri anda’ dan juga membina pekerja anda dan produk syarikat anda. Faktor-faktor ini memberi pengaruh manusia keatas jenama syarikat atau jenama diri anda.

Bagaimana membina ‘jenama’ ?

a. Membina personality diri

b. Membina personality pekerja

c. Membina personality barangan

Perinciannya saya akan mengulas satu persatu:

a. Membina personality diri

Rata-rata persoalan ‘diri’ adalah persoalan sejagat. Bukan anda seorang sahaja sedang memikirkan persoalan ini. Persoalan ini difikirkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Presiden Amerika Syarikat dan juga ketua sebuah organisasi atau ibu-bapa kita sendiri, iaitu bagaimana membina ‘manusia’. Dengan sebab itu Allah SWT menurunkan 25 orang rasul, beribu nabi-nabi dan pulohan ribu orang alim, cerdik pandai, ustadz, guru-guru, motivator dan ibu-bapa untuk membentuk ‘diri’ manusia itu.

Maksud hadith : Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik maka baiklah badan tersebut, dan jika jahat maka jahatlah ianya, ianya ialah ‘hati’. Jadi pembinaan jenama dan diri anda adalah bermula disini.

Insyallah, akan disambung….

Tuesday, November 24, 2009

ILMU PERNIAGAAN

ILMU PERNIAGAAN YG PERLU DIPELAJARI DAN DIAMALKAN

Beberapan bahagian :

1. Ilmu Islam

2. Ilmu /HukumMuamalat

3. Ilmu keadaan semasa (keadaan setempat saudara)

4. Jenis perniagaan anda dan peringkat anda

5. Ilmu diri

Perincian :

1. Ilmu Islam (Ilmu Islam secara umum)

Merangkumi ilmu asas sebagai muslim. Kerana setiap muslim wajib mengamalkan kehidupan secara orang Islam dengan beramal dengan AlQuran dan Sunnah Rasulullah.(Sila rujuk ustadz dalam bab ini)

2. Ilmu /HukumMuamalat

Merangkumi segala muamalat yg terdapat dalam perniagaan seperti :

a. Jual-beli

b. Riba

c. Pinjaman dan Hutang

d. Bersyarikat (syarikah)

e. Kontrak

f. Pelaburan

g. Pajak

h. Menulis urusaniaga

i. Saksi

j. Wakil (wakalah)

k. Rahnu (gadaian)

l. Sadaqah, hadiah, zakat

3. Ilmu keadaan semasa (keadaan setempat saudara)

a. Keadaan ekonomi semasa dan jenis perniagaan yg ingin anda ceburi

b. Dimana kawasan/tempat perniagaan anda

c. Cara pemasaran yg hendak dilakukan

d. Berapa ‘pesaing’ anda dikawasan berdekatan

e. Berapa saiz perniagaan anda

4. Jenis perniagaan anda (yg nak diceburi) atau status perniagaan anda sekarang

a. Jenis perniagaan yg anda ingin lakukan

b. Kekuatan dan kelemahan anda. ‘SWOT analysis’

c. ‘Perancangan Perniagaan’ anda

d. Jumlah modal yg ada

e. Pengalaman anda dalam bidang tersebut

5. Ilmu diri.

a. Tangunggan sekarang

b. Keyakinan, istiqamah & kesabaran

c. Penampilan diri

d. ‘Special skill’ yg ada

e. Jaringan perniagaan

f. Perancangan 5 tahun kehadapan

g. Latarbelakang keluarga dalam perniagaan

h. Ada/tiada, kawan/saudara berniaga.