Saturday, January 9, 2010

PERANCANGAN & PENGURUSAN ORANG DULU

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ORANG DULU

Masa zaman datuk-nenek dan bapa saya dulu, mereka juga telah mengamalkan Perancangan, Pengurusan dan Kerja bersistematik. Mereka menanam pokok-pokok diladang-ladang dengan bersistematik.
Dalam 10 tahun menanam, mereka dapat memetih berbagai hasil buah-buahan dan sayur-sayuran yg pelbagai jenis seperti durian, nangka, cempedak, rambutan, manggis, ciku, duku, langsat, asam jawa, petai, belimbing buluh, hempedu bumi, jarak, jagung, tebu, sukun, pisang, bendi, sawi, terung, cili, dsbnya.

Bagaimana mereka berfikir dan merancang ?

Kaedah :

  • Menanam sayur-sayuran yg tempoh matang 2 minggu hingga 2 bulan seperti sawi, bayam, maman, bendi, kacang panjang, terung dll. Ini adalah untuk makanan harian dan lebihannya boleh dijual.
  • Tanaman yg boleh dituai dalam jangkamasa 3-12 bulan, seperti terung, cili, jagung, pisang dll.
  • Tanaman yg boleh dituai dalam jangkamasa 1 tahun hingga 2-3 tahun seperti tebu, pisang, dll.
  • Tanaman jangkamasa 3-5 tahun.
  • Tanaman 5-10 tahun dll

Tiap hari mereka keladang, mengairi pokok, meracun, membuang rumput, membaja, mengutip hasil dll. Masa yg sama digunakan untuk menjaga semua pokok tersebut kerana pokok-pokok tersebut ditanam berselang seli mengikut saiz dan jarak diantara pokok. Alhamdulillah, setelah masa berlalu semua pokok-pokok tersebut berbuah dan boleh dinikmati hasilnya. Jika diambil dari contoh pengurusan dan kerja mereka, maka boleh diambil banyak pengajaran dalam menjalankan kehidupan kita hari ini. Mungkin aktiviti pertanian tidak menjadi keutamaan masyarakat hari ini, tetapi kaedah ini boleh digunakan untuk merancang kejayaan walau dalam apa bidang pun.

Kita hendaklah ‘tanam’ beberapa aktiviti untuk jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Aktiviti tersebut hendaklah dibuat serentak, sambil menyambil. Kita tak boleh makan hasil pokok yg sepuloh tahun lagi jika tidak menanam sekarang. Awas dengan aktiviti hanya menanam pokok yg makanan harian, selalunya kita sebok dan rungsing dengan aktiviti makanan harian hingga terlupa dengan aktiviti masa depan.

Cuma tanam pokok nampak hasil, bagaimana nak menanam dalam bidang masing-masing; Dalam perniagaan, dalam aktiviti berkawan, dalam menjadi guru, dalam menjadi murid, dalam berkerjaya, dsbnya.

No comments:

Post a Comment