Thursday, March 11, 2010

BERANI

BERANI

Istilah ‘Berani’ sudah jarang kedengaran buat masakini. Masa dulu-dulu berani dikaitkan dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Mat Kilau, Dato Bahaman dll. Masa kini istilah ‘Berani’ mungkin cuba disembunyikan atau dipadam dari minda orang muda.

Masa kini ‘Berani’ jarang-jarang ditonjolkan mungkin dengan beberapa sebab:

a. Anak muda tidak pernah disuruh Berani
b. Orang Dewasa sudah tidak Berani (takut)
c. Orang tua yg hilang Beraninya
d. Sistem tidak Berani membuat orang Berani.

Ingin saya ungkapkan satu cerita ‘Berani’:
Saya pernah bercerita dengan seorang Ustadz (masih hidup) menceritakan tentang ‘berani’nya. Semasa saya belum lahir (sekitar tahun 1963), beliau telah berani merantau hingga ke Mesir untuk mencari Ilmu pengetahuan dengan berbekalkan RM5 ringgit. Sebelum pergi beliau mengelilingi kampong untuk meminta bantuan kewangan dari orang kampong, jika ada wang zakat atau sumbangan yg dapat diminta. Masa itu seguni beras dalam RM10. Puas beliau mengelilingi kampong untuk mencari bekalan ke Mesir. Orang pun tidak percaya dengan cita-cita ‘berani’ beliau kerana ramai juga orang kampong yg tak pernah dengar nama Mesir. Dan keluarga beliau orang kampung yg kais pagi makan pagi, mana ada kamus Mesir.

Cabaran ‘berani’ pertama beliau ialah keputusan bekalan makanan dalam kapal laut. Dengar khabar perjalanan hanya mengambil masa 3 hari, jadi bekalan biskut yg disediakan hanya untuk 3 hari saja. Tapi cabaran datang, laut bergelora menyebabkan perjalanan perlahan mengambil masa 1 minggu. Jadi bagaimana nak makan. Terpaksalah ‘berani’ meminta makanan dari jiran sebelah.
Sampai di India (Madras). Ujian ‘berani’ datang lagi, berbekalkan sekeping nota dari orang India (diMalaysia) yg mengatakan ada sedara disana untuk dapat menumpang hingga dapat kenderaan ke Mesir. Bertemu dengan orang tersebut, tapi Dia tidak mengaku dirinya. Pemandu ‘supir’(orang India) kasihan dan membawa beliau kerumah sedaranya (Muslim). Dapat melihat suasana India yg susah, miskin, kotor, melarat.

‘Berani’ keMesir tanpa ada surat tawaran Universiti, dengan bekalan sekadar kesatu negeri dan peta ‘berani’.Bayangkan ‘berani’ generasi muda hari ini, ditahap mana. Sambungan kisah saya akan disambung, saya akan cuba dapatkan cerita sambungan, belum habis cerita, kami dah sampai ketempat yg dituju.

Berani adalah satu sifat manusia yg ingin kehadapan, ingin membina, ingin mengubah dan ingin Berjaya. Berani adalah kebenaran. Siapa tidak berani, ia tidak benar. Bukan sekadar tidak benar kepada orang lain, tapi juga tidak benar kepada diri sendiri. Berani adalah jatidiri yg keluar dari ikatan kepompong ‘kotak sendiri’ juga ikatan berfikir dan cara hidup yg tidur dan ‘mati’. Berani kehadapan membawa umat yg ‘mati’ dan berani mengubah kebiasaan hidup.Berani berfikir, berani ber’inovasi’, berani membuat dan menyatakan yg benar, berani berkorban, berani bersederhana, berani menaggung musibah, berani dicaci, berani bersabar dan berani untuk mati dan berjumpa Allah SWT.

Berani bukan sifat terjahan (sembrono) atau ikutan kumpulan yg ramai, berani dengan ilmu, berani dengan berfikir, berani berstrategi, berani dengan hikmah (bijaksana), berani dengan makrifah, berani dengan bermunajah dan berani dengan musyawarah.
Berani tiada ikatan shahwah, tiada ikatan shaitan, tiada ikatan dengan harta. Ikatan harta membuatkan manusia tidak berani (takut), takut tidak diberi harta, takut hilang harta, takut kurang harta, takut tak dapat harta dan takut miskin.
Berani tiada ikatan sombong dan ria. Berani untuk tidak meminta takhta. Kerana takhta membuatkan manusia tidak berani (takut). Takut tak dapat takhta, takut hilang takhta, takut tak dapat naik takhta, takut malu turun takhta, takut di hina semasa tiada takhta, dan takut tak dapat harta bila turun takhta.

Kenapa istilah ‘Berani’ ini hampir hilang bahasa dan maksudnya ?
a. Kemewahan semasa, kenyang, malas dan banyak tidur
b. ‘Forbia’ gagal
c. Tidak arah tuju yg jelas
d. Kaum Ikutan
e. Hilang istilah ‘Berani’
f. Hilang maruah diri, terlalu bergantung pada orang lain
g. Sistem takut jatuh dan hilang kuasa dengan ‘berani’ berubah.

Antara sifat berani :
a. Berani mencuba benda baru
b. Berani beramal
c. Berani beradab
d. Berani gagal
e. Berani bertanya
f. Berani memberi pandangan/pendapat
g. Berani mengubah diri sendiri
h. Berani membuat keputusan
i. Berani mengubah suasana
j. Berani menegur
k. Berani dicela, dicaci, dihina dan dikutuk
l. Berani berkata benar dan berterus terang
m. Berani mempertahankan diri(bertarung)
n. Berani merantau (berhijrah)
o. Berani menempuh kesusahan
p. Berani memimpin
q. Berani turun dari memimpin
r. Berani berjuang
s. Berani mempertahankan maruah Agama
t. Berani mengamalkan AlQuran
u. Berani mengamalkan Sunnah
v. Berani dengan ramai
w. Berani dengan sendiri
x. Berani mati
y. Berani bertemu Allah SWT

Dengan hilang ‘Berani’ ini, umat akan :

a. Hilang arah tuju, tidak pasti/Nampak masa depan
b. Malas, lemah, lesu dan berkeluh-kesah
c. Takut (takut mati, takut gagal, takut bayang-bayang, takut hantu, takut , takut, takut…)
d. Ragu-ragu
e. Banyak bertakwil dan bertanya (mencari alasan)
f. Mengharapkan bantuan orang lain
g. Mengikut arus (mengikut arus tidak banyak menggunakan tenaga dan fikiran berbanding dengan menongak arus)
h. Selalu setuju, ikut sajalah
i. Tidak berfikir/malas berfikir
j. Berpada apa yg ada

‘Berani’ adalah sifat dan sikap berterusan, bermula dengan berani berfikir, berani mencuba, berani membaiki, berani menerima kejayaan, berani gagal, berani berubah, berani mengubah, berani beristiqamah, berani menerima teguran, berani berterusan, berani berjuang, berani mati dan berani hingga ketemu Allah SWT.

‘Berani’ bukan hasilnya, tapi perbuatan-perbuatan berterusan walaupun Berjaya atau gagal, walaupun hidup atau mati, walaupun senang dan susah, walaupun ternama atau dihina, walaupun sakit atau sehat, walaupun kaya atau miskin, walaupun bebas atau terpenjara. Jika sudah terasa Berjaya, ‘Berani’ akan tidur atau mati.

Akhir kalam; Beranilah untuk ‘berani’, kerana Allah memberi mengikut sangkaan anda padaNya.

Wednesday, February 17, 2010

KOMPONEN PENGURUSAN DALAM PERNIAGAAN

Berikut adalah beberapa komponen utama yg perlu anda urus dalam kehidupan/niaga anda.

Komponen Pengurusan yg utama tersebut ialah :
  1. Pengurusan Diri Sendiri
  2. Pengurusan Masa
  3. Pengurusan Pasaran dan Klien
  4. Pengurusan Operasi
  5. Pengurusan Kewangan
  6. Pengurusan System syarikat
  7. Pengurusan Sumber luaran

Perinciannya :
  1. Pengurusan Diri Sendiri- PERNIAGAAN DAN ‘TAUKE’NYA (LEADERSHIP)

Komponen penting dalam perniagaan ialah;

a. Barangan (produk/servis)
b. Pelanggan,
c. Modal,
d. Pekerja (anda sendiri atau menggaji orang lain)
e. Sistem pengurusan syarikat anda. Tapi, komponen paling penting adalah peniaga itu sendiri (iaitu diri anda). Syarikat itu adalah tidak bermakna tanpa tuannya, barangan itu tidak bermakna jikalau tiada yg menjualnya, pelanggan mesti dijaga (semua itu ‘mati’), tetapi yg ‘hidup’ untuk menjalankannya adalah diri anda sendiri/’taukenya’. Ada seorang kawan saya pernah berkata ‘ kita boss, apa perlu risau, kita buka perniagaan, cari pekerja, mereka akan jalankan perniagaan kita”. Kita boleh jalan sana sini, keliling dunia. Kalaulah sesenang ini, ramai rakyat Malaysia dah kaya, memang banyak peluang perniagaan yg ada. Sebenarnya dimana-mana pun, untuk menjalankan sesuatu, mesti ada ‘leader’nya. Sebab itu Allah S.W.T. berfirman ‘setiap kamu adalah pemimpin’. Semua perkara mesti dipimpin.

Bagaimana berniaga bermaksud ‘bagaimana pemimpin perniagaan itu hendak membawa perniagaannya’.
Jadi, kualiti sebagai pemimpin adalah ciri utama untuk berniaga, antara ciri-cirinya ialah:

a. Berani
b. Berkeyakinan
c. Mahir dalam bidang yg nak diceburi
d. Berdisiplin
e. Berkerja kuat, lama kelamaan akan bekerja ‘smart’
f. Berkorban
g. Istiqamah (tidak putus asa)
h. Membuat perubahan kepada lebih baik (development)
i. Berinovasi (penambahbaikan kepada produk/servis)

Tapi, ramai yg bertanya saya, Katanya,’saya mempunyai semua ciri diatas kecuali ciri (c) , saya baru nak mula berniaga, macamana nak mahir dlm bidang yg nak diceburi ni? ’. Saya akan mengulasnya dalam tahap-tahap pernigaan kelak.

2. Pengurusan Masa Pengurusan masa menjadi cabaran untuk semua manusia, samada ianya seorang menteri, professor, peniaga, eksekutif, suri-rumah,dll. Setiap orang mempunyai masa yg sama, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 30/31 hari sebulan. Kemahuan dan pengurusan boleh membuatkan seseorang mampu melakukan berbagai perkara. Bergantung kepada kemahuan, impian dan cita-cita maka mereka akan merancang dan mengurus masa dengan baik.

Saya ingin memberi contoh disini. Masa kecil-kecil dulu saya selalu bersama bapak saya pergi kekebunnya. Didalam kebun tersebut beliau menanam berbagai jenis pokok, kecil, sederhana dan besar. Ada pokok durian, pokok nangka, pokok rambutan, jambu, limau, ciku, mangga. Pokok sederhana seperti jagung, pisang, kacang tanah. Pokok kecil ialah sayur-sayuran seperti bendi, kacang panjang, terung, timun dan sawi. Inilah pengurusan orang-orang tua dulu. Mereka menanamnya dalam bentuk pengurusan. Menanam serentak, kerana setiap hari mereka keladang, sambil-sambil menanamnya, sambil menjaganya, membuang rumput, meracun, mengairi. Setiap hari sayur-sayuran boleh dipungut, kemudian jagung dan kacang boleh dipetik, kemudian setiap musim buah-buahan sudah boleh dimakan. Begitu juga dalam hidup/berniaga. Pengurusan yg baik boleh menghasil banyak perkara bila ianya dirancang, disusun dan dilakukan dengan baik. Sila rujuk artikel pengurusan masa pada pakarnya (kursus motivasi, buku-buku, majallah, akhbar, internet dll)

3. Pengurusan Pasaran dan 'Client' Untuk berniaga, anda mesti mempunyai pasaran barang-barang/perkhidmatan anda. Anda mesti membuat ‘market survey’ untuk mengetahui dimana barangan yg anda nak jual dan kepada siapa. Contoh; Kueh ‘tart’ sesuai dipasarkan untuk hari raya, kurma sesuai dipasarkan sebelum bulan Ramadan hingga pertengahan Ramadan, serunding sesuai pd musim haji, dll. Ada barangan bermusim dan ada barangan boleh dijual sepanjang tahun. Contoh, produk kesihatan boleh dijual sepanjang tahun, tetapi anda mesti tahu pasarannya iaitu golongan berpendapatan tinggi yg mementingkan kesihatan. Mengenal pembeli/individu (orang) juga menjadi factor penting dalam perniagaan, jikalau pembeli puas hati dengan produk kita, dia akan memberitahu orang lain, cara ini nampak remeh tetapi berkesan. Luangkan masa anda untuk mengenali pembeli, kebanyakan peniaga hanya hendak menjual barang tetapi tidak hirau/kenal akan pembeli. Jika produk anda tidak banyak beza (‘neach’) dengan orang lain, maka anda patut utamakan ‘perkhidmatan pelanggan’. Manusia ada ‘hati’, jadi anda berniagalah dengan ‘hati’ juga.

4. Pengurusan Operasi( pekerja,produk) Setelah anda ada produk dan pelanggan, maka anda perlu memperkemaskan operasi syarikat. Pelanggan akan meninggalkan produk anda jika ia lambat dihantar, kualiti tidak baik, harga tidak berpatutan atau, barangnya /perkhidmatan tidak sampai, lambat, tidak siap atau rosak. Pengurusan operasi ini juga banyak cabarannya, kerana semua ini adalah dijalankan oleh manusia, kecuali anda boleh menggunakan 100% machine (ini pun perlu manusia untuk maintain machine).

Ramai peniaga hanya mementingkan jualan, keuntungan, operasi pengeluaran syarikat sahaja, lupa untuk melihat faktor manusia ini. Lama-kelamaan syarikat tidak mampu bertahan kerana ‘peningkatan kos’ dari tahun ketahun, tetapi tiada ‘peningkatan efisien’. Anda bukan berniaga seorang sahaja, ramai peniaga lain yg menawarkan perkhidmatan yg sama, harga berpatutan, perkhidmatan baik dll. Jadi cabaran persaingan membuatkan anda mesti meningkatkan mutu perkhidmatan dengan kos yang setara. Pengurusan manusia adalah sesuatu yg unik dalam perniagaan (juga kehidupan), dengan itu anda perlu ada kemahiran mengurus manusia atau mengadakan pengurusan ini (mengupah orang lain). Pengurusan produk juga tidak kurang cabarannya. Anda juga mesti memastikan produk anda ‘up to date’, manusia sekarang ‘dinamik’, jadi produk/servis anda juga perlu dinamik untuk menarik manusia yg dinamik.

5. Pengurusan Kewangan Ramai yg mengambil ringan tentang pengurusan kewangan syarikat, sedangkan tujuan utama berniaga adalah untuk mendapat keuntungan. Jikalau tidak tahu untung-rugi bagaimana anda hendak membuat sesuatu keputusan dalam perniagaan ? Contoh; perniagaan kedai runcit keluarga, setiap hari anda mendapat wang jualan, setiap hari anak datang ambil Rm2/ untuk belanja sekolah, isteri datang ambik RM 20/ nak beli makeup, suami ambik rokok sekotak setiap hari. Hujung bulan, tak cukup duit bayar gaji pekerja (mungkin diri sendiri pun takde gaji), tak boleh bayar bil-bil, sewa dll. Barang baru tak boleh diisikan semula dalam kedai kerana pembekal nak wang tunai…lama kelamaan kedai kosong, orang datang takde barang nak jual. Ini contoh betapa perlu mengurus kewangan perniagaan/syarikat. Tambahan lagi mengurus perniagaan berjuta-juta ringgit. Keputusan setiap hari perlu dibuat, jikalau tiada system untuk mengetahui ‘aliran tunai’ syarikat, bagaimana nak membuat sesuatu keputusan.

Contohnya; banyak syarikat bumiputera menjalankan perniagaan kontraktor. Dapat projek berjuta-juta ringgit, hujung bulan ‘overhead’ beratus ribu, pembayaran pekerja binaan 3 bulan tertangguh, perbelanjaan machine juga tertangguh, dapat wang pendahuluan beli kereta baru untuk pengarah, isteri-isteri dan anak, beli rumah dsbnya. Akhirnya bila semua yg sepatutnya dibayar ia tak membayarnya, kerja akan lewat, bila kerja lewat, kena denda dari klien, akhirnya projek ditamatkan(terminate). Wang masuk berjuta, rasa-rasa macam wang sendiri punya, sebenarnya mungkin 10% saja duit syarikat, yg lain semua perlu dibayar kepada peniaga lain. Sindrom ini banyak berlaku dalam perniagaan ‘Melayu Malaysia’.

Pengurusan dengan bank; Pertama kali anda berjumpa bank, hendak meminjam satu juta ringgit.Pegawai akan lihat anda atas-bawah, tersenyum simpul dan dengan sopan bertanya, ‘Tuan ada akaun disini ?’ (Jawapannya sila jawab sendiri). Kemudian,’sila bawa profail syarikat, salinan penyata akaun bank untuk 3 bulan lepas, aliran tunai projek, kembalikan borang permohonan yg telah diisi dsbnya’. Selepas disediakan semua dokumen dan dihantar kebank, dalam semunggu anda pun pergi jumpa pegawai tersebut, dan bertanya ‘bila permohonan akan diluluskan ?’. Dia menjawab ‘saya akan proses, selama 2 minggu dan hantar ke ibu-pejabat di Kuala Lumpur, disana bergantung pada giliran’. Berapa lama giliran tu ?, Tanya saya. Lebih kurang sebulan ‘jawabnya’. Tungu punya tunggu sebulan, saya berjumpa lagi pegawai tersebut dan bertanya adakah permohonan saya akan berhasil. Dia berkata’ beri saya sebulan lagi’. Saya pun bersabar dan selepas tunggu sebulan, saya jumpa dia lagi dengan jawapan yg sama, tunggu lagi sebulan. Lepas bulan ketiga saya pergi berjumpanya, didapati pegawai tersebut telah ditukarkan ketempat lain. Saya bertanya,siapa yg menggantikan pegawai tersebut, katanya pegawai baru belum dilantik, ahh….berapa lama pula……” Masyallah, apa akan jadi dengan projek yg saya dapat ni, apa boleh dibuat, masa berlalu, projek mesti dibuat dan diteruskan, wang tak ada…inilah scenario peniaga kita.

Iktibar dari kisah ini, maka perancangan awal perlu dibuat sebelum memasuki projek-projek bersaiz ini, dan hubungan dengan bank mesti dijalin dalam jangkamasa satu tahun sebelum mula meminjam.

Contoh pengurusan dan aktiviti yg perlu dibuat adalah :

a. Membina hubungan dengan bank

b. Membina diri anda

c. Membina syarikat anda

Penjelasan;

a. Membina hubungan dengan bank
i. Pertama buka akaun dicawangan mana berdekatan dengan anda atau cawangan yg anda kenal sesiapa disana yg boleh menolong anda.

ii. Berkenalan dengan ‘credit officer’
iii. Memperkenalkan syarikat anda, tujuan dan keadaan semasa syarikat iv. Memohon kredit secara berkala. Mula dengan jumlah yg berpatutan. Sesiapa pun tidak akan memberi pinjaman dengan jumlah yg ‘terus-terus banyak’, ianya akan bermula dengan jumlah bersesuaian dgn saiz syarikat anda sekarang. Jadi anda perlu berjinak-jinak dengan bank semasa anda tidak memerlukannya. Jangan pergi pada masa terdesak, orang yg terdesak tidak akan mendapat ‘deal’ yg baik. Bila pinjaman yg pertama anda dah bayar dan tidak banyak masalah dengan bank, baru jumlah pinjaman seterusnya akan diberi. Dan juga seterus-seterusnya jumlahnya akan menaik.

b. Membina diri anda Faktor diri adalah utama dalam segala urusan. Dalam urusan bank, mereka melihat ‘personaliti’ dan ‘character’ anda. Walaupun syarikat yg meminjam, tetapi yg menjalankannya juga diri anda. Soalannya ‘adakah anda bernilai 1 juta ringgit ?’ (jika nak pinjam 1 juta), Tanya diri anda sendiri. Tips; anda perlu berkeyakinan, kemas, terurus, tidak kalut, boleh menceritakan terperinci tentang operasi syarikat anda, tahu keseluruhan akaun syarikat anda, tahu baca “audited akaun’ syarikat anda dll.

c. Membina syarikat anda. Pinjaman dilakukan atas nama syarikat, jadi keadaan syarikat mesti dalam keadaan baik untuk menanggung 1 juta tersebut. Maklumat syarikat akan dipantau oleh bank, mereka akan mengkaji keadaan syarikat melalui pihak luar dan mereka tidak hanya mendengar dari pihak anda sahaja.

Perkara yg perlu dibina oleh syarikat (yg dilihat dari pihak bank):

i. ‘Audited’ akaun (selama 3 tahun berturut-turut)

ii. Jumlah baki akaun bank setiap bulan

iii. Aliran tunai syarikat

iv. Pengalaman-pengalam lepas. Dimana anda meminjam dan ‘track record’ anda dalam membayar pinjaman tersebut.

v. Juga, mereka akan menganalisa akaun pribadi anda (pengarah syarikat)

6. Pengurusan Sistem Syarikat Bila perniagaan berkembang, anda memerlukan jumlah pekerja yg ramai untuk mengendalikan perniagaan anda. Mungkin sebelum ada pekerja atau seorang-dua pekerja, urusan syarikat adalah tidak memerlukan banyak dokumen. Bila pekerja ramai, system pengurusan dan operasi mesti dibina. Ia untuk memudahkan pengahihan kerja, kutipan bayaran, penghantaran produk dll. Tugas-tugas perancangan, pengurusan dan pemantuan perlu dilakukan oleh anda, jadi anda memerlukan lapuran dari pekerja-pekerja anda. Pengurusan ini memerlukan system untuk membantu anda. Pengurusan kewangan/akaun: Ia adalah pengurusan yg paling penting dalam perniagaan. Apa tujuan perniagaan jika anda tidak tahu untung/rugi. Anda perlu tahu ‘aliran tunai’ dan akaun untung/rugi syarikat sebelum membuat keputusan, samada untuk membeli asset, melabur dll. Jika anda tiada data ini, bagaimana anda hendak membuat keputusan ? Jadi meneka keadaan syarikat adalah perbuatan yg tidak bertangung-jawab dan boleh membuatkan perniagaan anda dalam keadaan tertekan. Untuk membuat pinjaman bank atau mencari pelabur lain, mereka juga akan melihat faktor pengurusan kewangan ini. Maklumat ini akan ternyata dalam ‘audited akaun’ dan penyata bulanan akaun anda. Perkara ini tidak boleh disembunyikan, kecuali anda menggunakan cara yg salah untuk berurusan dengan bank. Ingat…kata- kata hikmat ‘ permulaan yg benar akan mendatangkan hasil yg benar ’ atau ‘permulaan yg benar sudah menentukan 50% kejayaan’. Teringat contoh itik emas semasa bersekolah dulu. Seekor itik hanya boleh mengeluatkan sebiji telur emas dalam sehari (setelah dibesarkan dan dijaga dengan betul). Jika anda ingin mendapatkan lebih dari sebiji dalam sehari, ada tidak akan mendapatkannya, jika disembelih untuk mendapatkan seketul besar emas, ini kerja sia-sia, Jadi untuk mendapatkan banyak telur emas, anda perlu memelihara banyak itik dan menjaganya engan betul, Insyallah sunnahnya akan berlaku.

7. Pengurusan Sumber-sumber luaran yg berkaitan (pembekal, forwarder, sub-kontraktor, konsultant dll) Dalam perniagaan ada komponen pembekal, pengguna dan rangkaian maklumat. Semua sumber ini penting untuk memakmurkan syarikat anda. Contoh; pembekal untuk barangan mentah anda, jika anda menjaganya, maka dia akan juga menjaga perniagaan anda. Semua orang menjalankan perniagaan bertujuan mendapatkan wang, jika wang mereka tidak dibayar kepada mereka, maka hubungan perniagaan akan terhenti. Begitu juga sumber seperti kawan-kawan, persatuan anda, saudara dsbnya. Mereka ini memberi maklumat, pertolongan, nasihat dan sebagainya. Maka mereka ini juga perlu dijaga dan di’appreciate’ untuk kesinambungan perniagaan anda.

Wallahuaklam

Sunday, January 17, 2010

ASAS KEHIDUPAN BERNIAGA

ANTARA IMPIAN HINGGA MEMBUAT DAN MEMBAIKI

Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Kerasulan dan kenabian itu telah terputus, maka tidak ada rasul dan nabi setelah aku’. Anas berkata, ‘Hal ini menggundahkan orang-orang’. Beliau bersabda, ‘Namun khabar gembira akan tetap lahir,’ Para sahabat bertanya,’Wahai Rasulullah, apakah khabar gembira itu?’ Beliau menjawab, ‘Impian seorang muslim. Impian itu merupakan salah satu bahagian dari kenabian’.- HR Ahmad.

ASAS KEHIDUPAN BERNIAGA (TIANG BANGUNAN NIAGA ) TERBAHAGI KEPADA LIMA IAITU:
  1. IMPIAN (Dream)
  2. MERANCANG
  3. MENGURUS
  4. MEMBUAT
  5. MEMBAIKI (Development; Membuat kepada yg lebaih baik )

Perinciannya:

1. IMPIAN (Dream)

Maksud seperti hadis diatas. Seorang muslim/peniaga, mesti mempunyai ‘impian’ yg besar dan benar dalam hidup/berniaga. Impikanlah segalanya….. (yg halal sahaja), Insyallah, akan dikabulkan. Kerana impian itu juga dari Allah. Anda tidak dapat mengimpikan sesuatu pun jika tidak di’rahmat’kan oleh Allah jua.

Contoh Jenis impian ;

  • Menjadi orang yg Berjaya (dalam bidang apa pun)
  • Menjadi orang kaya harta
  • Menjadi orang yg kaya jiwa (isteri, anak-anak, kawan-kawan, pelanggan, kaya syukur, kaya kesehatan, kaya ilmu, kaya pengalaman, kaya dakwah, dll)
  • Menjadi orang yg mati syahid
  • Menjadi orang yg gembira, seronok, dengan kehidupan
  • Menjadi macam-macam lagi…….

2. MERANCANG

  • SWOT (Own self plan)
  • IP/FP ( Individual Plan/Family plan)
  • BP (Business Plan)
  • SP (Strategic Plan)

3. MENGURUS Mengurus MASA ( Nafas dan Saat) ;

  • Mengurus Diri
  • Mengurus Keluarga
  • Mengurus Perniagaan
  • Mengurus Kawan-kawan
  • Mengurus Persekitaran (Masyarakat, Negeri, Negara, Dunia)

4. MEMBUAT (Amal)

Bahagikan aktiviti mengikut keutamaan :

  • Aktiviti harian
  • Aktiiviti Mingguan
  • Aktiviti Bulanan
  • Aktiviti Tahunan
  • Aktiviti 3-5 tahun
  • Aktiviti 10 tahun
  • Aktiviti 20 tahun
  • Aktiviti menemui Allah SWT (Dalam kubur, Aktiviti Mahsyar, Aktiviti membentangkan amalan kepada Allah)

5. MEMBAIKI (Development; Membuat kepada yg lebih baik ) Membaiki semua yg diatas (item 4) kerana, ‘Manusia’ ini ‘dynamic’ iaitu sedang bergerak menuju kesuatu arah. Zaman berubah, manusia berubah, jadi anda perlu merubah cara/kreativiti mengikut ‘dynamic’ manusia.

‘Membaiki’ adalah Saranan Allah dan Sunnah Rasul. Firman Allah dalam surah Al Ankabut 69: ‘Dan orang-orang yg berusaha dengan bersungguh-bersungguh kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka kejalan-jalan Kami (yg menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yg berusaha membaiki amalannya.’

‘Membaiki’ adalah satu proses pembaikan dari kurang baik kepada keadaan yg lebih baik, manakala ‘mengubah’ adalah proses keluar dari keadaan kegelapan atau ‘belenggu dalam cengkaman diri’ contoh seperti sikap ‘malas’, ‘bodoh sombong’, tidak mahu bertanya dan belajar serta bongkak. (keluar dari keadaan gelap kepada keadaan terang)

Firman Allah SWT yg bermaksud: Sama saja diantara kamu yg merahsiakan ucapannya, siapa yg berterus-terang dengan ucapan itu, siapa yg bersembunyi dimalam hari, dan yg berjalan disiang hari. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yg selalu mengikutinya bergiliran, dimuka dan dibelakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah yg ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yg dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung dari mereka selain Dia. Ar Raad 10-11.

Saturday, January 9, 2010

PERANCANGAN & PENGURUSAN ORANG DULU

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ORANG DULU

Masa zaman datuk-nenek dan bapa saya dulu, mereka juga telah mengamalkan Perancangan, Pengurusan dan Kerja bersistematik. Mereka menanam pokok-pokok diladang-ladang dengan bersistematik.
Dalam 10 tahun menanam, mereka dapat memetih berbagai hasil buah-buahan dan sayur-sayuran yg pelbagai jenis seperti durian, nangka, cempedak, rambutan, manggis, ciku, duku, langsat, asam jawa, petai, belimbing buluh, hempedu bumi, jarak, jagung, tebu, sukun, pisang, bendi, sawi, terung, cili, dsbnya.

Bagaimana mereka berfikir dan merancang ?

Kaedah :

  • Menanam sayur-sayuran yg tempoh matang 2 minggu hingga 2 bulan seperti sawi, bayam, maman, bendi, kacang panjang, terung dll. Ini adalah untuk makanan harian dan lebihannya boleh dijual.
  • Tanaman yg boleh dituai dalam jangkamasa 3-12 bulan, seperti terung, cili, jagung, pisang dll.
  • Tanaman yg boleh dituai dalam jangkamasa 1 tahun hingga 2-3 tahun seperti tebu, pisang, dll.
  • Tanaman jangkamasa 3-5 tahun.
  • Tanaman 5-10 tahun dll

Tiap hari mereka keladang, mengairi pokok, meracun, membuang rumput, membaja, mengutip hasil dll. Masa yg sama digunakan untuk menjaga semua pokok tersebut kerana pokok-pokok tersebut ditanam berselang seli mengikut saiz dan jarak diantara pokok. Alhamdulillah, setelah masa berlalu semua pokok-pokok tersebut berbuah dan boleh dinikmati hasilnya. Jika diambil dari contoh pengurusan dan kerja mereka, maka boleh diambil banyak pengajaran dalam menjalankan kehidupan kita hari ini. Mungkin aktiviti pertanian tidak menjadi keutamaan masyarakat hari ini, tetapi kaedah ini boleh digunakan untuk merancang kejayaan walau dalam apa bidang pun.

Kita hendaklah ‘tanam’ beberapa aktiviti untuk jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Aktiviti tersebut hendaklah dibuat serentak, sambil menyambil. Kita tak boleh makan hasil pokok yg sepuloh tahun lagi jika tidak menanam sekarang. Awas dengan aktiviti hanya menanam pokok yg makanan harian, selalunya kita sebok dan rungsing dengan aktiviti makanan harian hingga terlupa dengan aktiviti masa depan.

Cuma tanam pokok nampak hasil, bagaimana nak menanam dalam bidang masing-masing; Dalam perniagaan, dalam aktiviti berkawan, dalam menjadi guru, dalam menjadi murid, dalam berkerjaya, dsbnya.