Thursday, March 11, 2010

BERANI

BERANI

Istilah ‘Berani’ sudah jarang kedengaran buat masakini. Masa dulu-dulu berani dikaitkan dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Mat Kilau, Dato Bahaman dll. Masa kini istilah ‘Berani’ mungkin cuba disembunyikan atau dipadam dari minda orang muda.

Masa kini ‘Berani’ jarang-jarang ditonjolkan mungkin dengan beberapa sebab:

a. Anak muda tidak pernah disuruh Berani
b. Orang Dewasa sudah tidak Berani (takut)
c. Orang tua yg hilang Beraninya
d. Sistem tidak Berani membuat orang Berani.

Ingin saya ungkapkan satu cerita ‘Berani’:
Saya pernah bercerita dengan seorang Ustadz (masih hidup) menceritakan tentang ‘berani’nya. Semasa saya belum lahir (sekitar tahun 1963), beliau telah berani merantau hingga ke Mesir untuk mencari Ilmu pengetahuan dengan berbekalkan RM5 ringgit. Sebelum pergi beliau mengelilingi kampong untuk meminta bantuan kewangan dari orang kampong, jika ada wang zakat atau sumbangan yg dapat diminta. Masa itu seguni beras dalam RM10. Puas beliau mengelilingi kampong untuk mencari bekalan ke Mesir. Orang pun tidak percaya dengan cita-cita ‘berani’ beliau kerana ramai juga orang kampong yg tak pernah dengar nama Mesir. Dan keluarga beliau orang kampung yg kais pagi makan pagi, mana ada kamus Mesir.

Cabaran ‘berani’ pertama beliau ialah keputusan bekalan makanan dalam kapal laut. Dengar khabar perjalanan hanya mengambil masa 3 hari, jadi bekalan biskut yg disediakan hanya untuk 3 hari saja. Tapi cabaran datang, laut bergelora menyebabkan perjalanan perlahan mengambil masa 1 minggu. Jadi bagaimana nak makan. Terpaksalah ‘berani’ meminta makanan dari jiran sebelah.
Sampai di India (Madras). Ujian ‘berani’ datang lagi, berbekalkan sekeping nota dari orang India (diMalaysia) yg mengatakan ada sedara disana untuk dapat menumpang hingga dapat kenderaan ke Mesir. Bertemu dengan orang tersebut, tapi Dia tidak mengaku dirinya. Pemandu ‘supir’(orang India) kasihan dan membawa beliau kerumah sedaranya (Muslim). Dapat melihat suasana India yg susah, miskin, kotor, melarat.

‘Berani’ keMesir tanpa ada surat tawaran Universiti, dengan bekalan sekadar kesatu negeri dan peta ‘berani’.Bayangkan ‘berani’ generasi muda hari ini, ditahap mana. Sambungan kisah saya akan disambung, saya akan cuba dapatkan cerita sambungan, belum habis cerita, kami dah sampai ketempat yg dituju.

Berani adalah satu sifat manusia yg ingin kehadapan, ingin membina, ingin mengubah dan ingin Berjaya. Berani adalah kebenaran. Siapa tidak berani, ia tidak benar. Bukan sekadar tidak benar kepada orang lain, tapi juga tidak benar kepada diri sendiri. Berani adalah jatidiri yg keluar dari ikatan kepompong ‘kotak sendiri’ juga ikatan berfikir dan cara hidup yg tidur dan ‘mati’. Berani kehadapan membawa umat yg ‘mati’ dan berani mengubah kebiasaan hidup.Berani berfikir, berani ber’inovasi’, berani membuat dan menyatakan yg benar, berani berkorban, berani bersederhana, berani menaggung musibah, berani dicaci, berani bersabar dan berani untuk mati dan berjumpa Allah SWT.

Berani bukan sifat terjahan (sembrono) atau ikutan kumpulan yg ramai, berani dengan ilmu, berani dengan berfikir, berani berstrategi, berani dengan hikmah (bijaksana), berani dengan makrifah, berani dengan bermunajah dan berani dengan musyawarah.
Berani tiada ikatan shahwah, tiada ikatan shaitan, tiada ikatan dengan harta. Ikatan harta membuatkan manusia tidak berani (takut), takut tidak diberi harta, takut hilang harta, takut kurang harta, takut tak dapat harta dan takut miskin.
Berani tiada ikatan sombong dan ria. Berani untuk tidak meminta takhta. Kerana takhta membuatkan manusia tidak berani (takut). Takut tak dapat takhta, takut hilang takhta, takut tak dapat naik takhta, takut malu turun takhta, takut di hina semasa tiada takhta, dan takut tak dapat harta bila turun takhta.

Kenapa istilah ‘Berani’ ini hampir hilang bahasa dan maksudnya ?
a. Kemewahan semasa, kenyang, malas dan banyak tidur
b. ‘Forbia’ gagal
c. Tidak arah tuju yg jelas
d. Kaum Ikutan
e. Hilang istilah ‘Berani’
f. Hilang maruah diri, terlalu bergantung pada orang lain
g. Sistem takut jatuh dan hilang kuasa dengan ‘berani’ berubah.

Antara sifat berani :
a. Berani mencuba benda baru
b. Berani beramal
c. Berani beradab
d. Berani gagal
e. Berani bertanya
f. Berani memberi pandangan/pendapat
g. Berani mengubah diri sendiri
h. Berani membuat keputusan
i. Berani mengubah suasana
j. Berani menegur
k. Berani dicela, dicaci, dihina dan dikutuk
l. Berani berkata benar dan berterus terang
m. Berani mempertahankan diri(bertarung)
n. Berani merantau (berhijrah)
o. Berani menempuh kesusahan
p. Berani memimpin
q. Berani turun dari memimpin
r. Berani berjuang
s. Berani mempertahankan maruah Agama
t. Berani mengamalkan AlQuran
u. Berani mengamalkan Sunnah
v. Berani dengan ramai
w. Berani dengan sendiri
x. Berani mati
y. Berani bertemu Allah SWT

Dengan hilang ‘Berani’ ini, umat akan :

a. Hilang arah tuju, tidak pasti/Nampak masa depan
b. Malas, lemah, lesu dan berkeluh-kesah
c. Takut (takut mati, takut gagal, takut bayang-bayang, takut hantu, takut , takut, takut…)
d. Ragu-ragu
e. Banyak bertakwil dan bertanya (mencari alasan)
f. Mengharapkan bantuan orang lain
g. Mengikut arus (mengikut arus tidak banyak menggunakan tenaga dan fikiran berbanding dengan menongak arus)
h. Selalu setuju, ikut sajalah
i. Tidak berfikir/malas berfikir
j. Berpada apa yg ada

‘Berani’ adalah sifat dan sikap berterusan, bermula dengan berani berfikir, berani mencuba, berani membaiki, berani menerima kejayaan, berani gagal, berani berubah, berani mengubah, berani beristiqamah, berani menerima teguran, berani berterusan, berani berjuang, berani mati dan berani hingga ketemu Allah SWT.

‘Berani’ bukan hasilnya, tapi perbuatan-perbuatan berterusan walaupun Berjaya atau gagal, walaupun hidup atau mati, walaupun senang dan susah, walaupun ternama atau dihina, walaupun sakit atau sehat, walaupun kaya atau miskin, walaupun bebas atau terpenjara. Jika sudah terasa Berjaya, ‘Berani’ akan tidur atau mati.

Akhir kalam; Beranilah untuk ‘berani’, kerana Allah memberi mengikut sangkaan anda padaNya.

No comments:

Post a Comment