- Bekerja dengan orang lain (antara cara belajar berniaga)
- Bekerja sendiri (sendiri ‘tauke’, sendiri ‘kuli’)
- Menggaji orang bekerja
- ‘Sistem’ membina perniagaan
- ‘Wang’ membina perniagaan
- ‘Kepercayaan’ membina perniagaan
Perinciannya:
1. Bekerja dengan orang lain
Ini adalah cara berniaga yang paling efektif. Dengan bekerja ditempat tersebuat anda boleh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin dan membina perniagaan anda sebelum anda mengambil risiko ‘meredah’ hutan tebal. Perkara ini saya telah menulis dalam bab TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN sila rujuk
2. Bekerja sendiri (sendiri ‘tauke’, sendiri ‘kuli’)
Setelah menimba pengalaman dalam tahap 1 diatas, anda sudah mempunyai lebih kurang 30% pengalaman ditahap perniagaan tersebut. Bakinya anda akan melalui sendiri dengan ‘berdikari’ iaitu berusaha menempuh segala skop perniagaan dengan sendiri. Ianya bergantung sejauh mana anda merancang pada masa peringkat 1 diatas. Jika anda telah merancang dan bertindak dengan baik mungkin anda telah mencapai hingga tahap 50-60%.
Contohnya, jika ditahap 1 anda telah mengetahui produk anda (mungkin produk yg sama dengan majikan anda dulu, produk hiliran mereka atau innovatif dari produk tersebut atau produk lain tetapi pasaran yg sama dsbnya). Anda juga perlu mengenali pembekal produk, pengguna produk, sumber kewangan dsbnya. Dengan perancangan yg rapi, Insyallah sebenarnya anda telah melengkapkan diri anda untuk menghadapi dunia perniagaan yg mencabar ini. Tetapi jika sekadar anda bekerja sambil lewa, tidak bermatlamat, tak berperancangan, tidak bekerja seperti syarikat sendiri, maka anda sebenarnya ‘belum belajar berniaga’ dari proses 1 tadi. Bila ditahap bekerja sendiri ini, semua tangungjawab keatas diri anda dan perniagaan anda berada diatas diri anda. Tidak ada kamus untuk ‘mengharap orang lain’.
Orang lain hanya pelengkap atau pembantu untuk mencapai impian anda. Jika ‘orang lain’ yg anda harapkan itu boleh membantu anda Berjaya, Dia akan mengutamakan dirinya dulu, dia akan kaya dulu. Contohnya seperti ada yg mengatakan untuk melabur dengannya, keuntungan 20-50%, sebenarnya Dia menipu/manipulasi perniagaan sahaja. Mana ada perniagaan yg mempunyai untung bersih sebanyak itu, sebaik-baik menjaga perniagaan/wang adalah diri anda sendiri, mana ada orang lain yg lebih baik untuk menjaga perniagaan/wang anda. Janji untung besar ini adalah bentuk penipuan yg lazim digunakan untuk orang ‘tamak’ atau untuk orang yg berhajat nak berniaga atau untuk menambah pendapatan. Anda mesti mahir dan mengetahui segala selok-belok perniagaan anda. Persediaan ini perlu sebelum anda mengambil pekerja atau rakan kongsi. Jika anda sendiri tidak tahu, bagaimana melatih orang lain bila mereka bersama anda kelak. Peringkat ini banyak menguji kreativiti, perancangan dan kerja kuat anda. Pengurusan diri sendiri dan disiplin amat penting pada tahap ini.
3. Menggaji orang bekerja.
Pada peringkat ini, anda memerlukan kepakaran perancangan dan pengurusan manusia dan pengurusan produk anda. Bayangkan jika anda mempunyai dua orang pekerja, bagaimana mengagihkan kerja, memantau kerja, memastikan kerja mengikut kehendak pelanggan, jika ada salah faham tentang dua pekerja tersebut, mengajar mereka bekerja dan merancang dsbnya. Tanpa pengetahuan ini, adan akan bekerja bersendirian, pekerja anda hanya akan menunggu arahan anda, setiap langkah menunggu anda, jadi bagaimana tugas nak menjadi ‘efisien’. Tanpa ‘efisien’ syarikat tidak akan membuat untung kerana banyak kos-kos yg tidak sepatutnya dikoskan dalam proses membuat sesuatu kerja tersebut.
‘Pekerja adalah pekerja’; ini adalah satu hakikat kehidupan sejagat. Bagaimana pekerja nak membuat seperti syarikat sendiri, kerana dia pekerja. Bagaimana dia nak bekerja kuat, kerana dia pekerja, bagaimana dia nak kreatif, kerana dia pekerja, bagaimana dia nak faham lebih dari skop kerjanya sahaja, kerana dia pekerja…Jika dia boleh buat seperti yang anda boleh buat maka dia buka pekerja anda, dia sudah menjadi peniaga seperti anda !!! Ini Bukan soal gaji, soal imbuhan, soal tangungjawab, tapi soal pemikiran dan ‘perspeksi’ pekerja.
Jika anda hendakkan pekerja menjadi seperti anda, maka anda perlu mengubah perspeksi mereka. Adakah mereka berfikir seperti yg anda fikir, merancang seperti anda rancang, mengurus seperti anda mengurus, bekerja seperti anda bekerja dsbnya. Walaupun Nampak macam mereka faham, setuju dan berjanji seperti yg anda ingini, tapi ‘perspeksi’ ini tidak boleh diubah setahun dua, kadangkala mengambil masa berpuloh tahun, kerana ia manusia. Permasalahan manusia adalah permasalahan sejagat yg difikirkan satu dunia, dari zaman dahulu hingga sekarang. Memahami pekerja anda dan kehidupannya adalah penting dalam proses membina syarikat anda. Mesti difahami kehendaknya, cita-citanya, tujuannya dsbnya. Jika anda mengenali dan memenuhi ‘impian’ mereka, insyallah dia akan boleh bekerja dengan hebat dan akhirnya mereka boleh menjadi rakan kongsi anda.
4. ‘Sistem’ membina perniagaan.
Syarikat anda maju kehadapan. Pekerja perlu ditambah, barangan perlu disampaikan kepada pelanggan, wang perlu dikutip, dsbnya. Bagaimana mengendalikan situasi ini ?? Anda memerlukan system yang sesuai untuk mengendalikan situasi ini. Jika system tidak dibentuk, maka perniagaan anda tidak boleh ditinggalkan walaupun seminggu. Inilah keadaan biasa dalam perniagaan orang Melayu, dimana ‘tauke’nya tidak boleh pergi kemana-mana, tak boleh demam, tak boleh cuti, tak sempat makan, tak boleh tidur dsbnya.
Contoh system dalam sesuatu perniagaan:
- Sistem pentadbiran
- Kriteria mengambil pekerja dan tatacara kerja dalam syarikat
- Tangga gaji
- Cuti
- Kenaikan pangkat dan gaji
- Cara membina kemahiran pekerja
- Cara menangani disiplin pekerja
- Sistem Kewangan
- Sistem menghantar ‘invois’
- Sistem kutipan bayaran
- Sistem akaun dan aliran tunai
- Sistem meminjam dan membayar balik pinjaman
- Cara menuntut bayaran (claim untuk pekerja)
- Sistem pemasaran
- Mengenal pasaran
- Mengenal pengguna dan kehendak pengguna
- Cara-cara pemasaran i
- Sistem Operasi
- Cara membuat/mengurus barangan
- Cara menyimpan stok barangan
- Cara menghantar barang
- Cara mengembalikan barang rosak dan cara membaiki barangan yg rosak
- Sistem pembelian syarikat
- Cara meminta sebutharga
- Cara memileh harga dan pembekal
- Cara membayar
- Cara menilai barangan
- Sistem khidmat pelanggan
- Cara menerima aduan dari pelanggan
- Cara menangani masalah tersebut
- Cara memastikan kejadian (complain) tidak berulang
5. Wang’ membina perniagaan.
Tahap ini ialah perniagaan anda telah maju beberapa tapak kehadapan. Syarikat mempunyai aliran tunai yg baik, ada telah berjaya memenuhi kehendak pelanggan anda, anda cukup wang untuk membayar pembekal dan pekerja anda, anda telah berkongsi keuntungan anda dengan pekerja syarikat anda, anda juga telah membayar zakat perniagaan, juga mempunyai wang simpanan untuk masa ‘getir’ perniagaan anda (‘reserve’ untuk perbelanjaan operasi untuk jangkamasa 13 bulan.) Dengan mempunyai ‘lebihan wang’ maka anda sudah diperingkat ini. Anda boleh membesarkan empayar perniagaan anda dengan cara memasuki ‘industry hiliran anda’ atau memasuki produk dengan pasaran baru. Melabur atau membuat usahasama (Joint venture) dsbnya.
6. ‘Kepercayaan’ membina perniagaan
Tahap ini adalah, ‘anda diberi peluang perniagaan/kerja bergantung kepada kepercayaan pelanggan kepada anda’. Kepercayaan ini datang dengan beberapa perkara iaitu :
- Anda telah berada dalam perniagaan tersebut dalam tempoh yang lama (antara 10-20 tahun)
- Anda telah mempunyai bilangan pekerja yg munasabah ·
- Anda telah menyiapkan kerja-kerja/tugas yg diberikan kepada anda dengan jayanya
- Anda telah ‘maintain’ kualiti kerja anda seperti tahap pasaran ·
- Cakap anda adalah kontrak
- Anda telah membina ‘imej’ diri dan syarikat
Proses kepercayaan bukan datang ‘menggolek’. Ia adalah satu proses yg dilakukan dengan sedar, berstrategi, berperancangan dan kerja kuat/smart. Kepercayaan adalah proses ‘keimanan’ kerana iman itu adalah maksud percaya dan yakin. Membina kepercayaan bermula dengan kepercayaan kepada diri anda sendiri, kemampuan anda, potensi anda. Jika anda pun tidak percaya pada diri sendiri, bagaimana orang lain akan mempercayai anda ? Proses percaya juga adalah satu anugerah (rahmat) Allah kepada anda, setelah anda begitu percaya kepadaNya, yakin kepadaNya, patuh segala ajaranNya, reda dengan pemberianNya (senang dan susah), syukur dengan nikmatNya, sabar dalam banyak hal (sabar berusaha, sabar menunggu hasil, sabar untuk membelanjakan hasil, sabar untuk membaiki kepada lebih baik) dan menunaikan hak Allah dan hak makhlukNya.
Anda perlu membina seupaya pelanggan mempercayai anda dan perniagaan anda. Ianya bukan proses singkat, kerana hendak membina memerlukan masa bertahun-tahun, tapi nak meruntuhkan hanya mengambil masa 5 minit, mungkin dengan sekadar terlepas beberapa perkataan yg menyakitkan/menyingung pelanggan anda. Atau pun pelanggan merasakan anda telah ‘berbohong’ padanya atau anda mengkhianati amanah yg telah diberikan kepada anda.
Kepercayaan tidak boleh dipaksa, firman Allah yg bermaksud : Jika kamu membelanjakan seluruh dunia dan isinya, kamu tidak boleh menyatukan hati manusia tetapi Allah boleh menyatuhan hati manusia. Jadi binalah kepercayaan dengan Allah, nescaya kepercayaan makhluk akan terbina.
Wallahuaklam.