BERMULAKAH ANDA ??
Bermula adalah satu noktah. Satu titik yang diletakkan pada minda dan kertas.
Saranan Allah SWT; Al Alaq 1-5 :
Permulaan adalah satu noktah yg memerlukan kekuatan; Contohnya; anda hendak menggolekkan seketul batu besar yg permukaannya kasar (tidak rata/tidak licin).Anda akan merasanya tersangat berat untuk menolaknya kerana berat dan permukaannya kasar. Mungkin anda memerlukan orang lain untuk menolong menolaknya buat kali pertama, setelah ianya bergerak, lama kelamaan permukaannya akan haus dan licin, maka senang untuk menolaknya, tapi jangan berhenti menolak (momentum), jika anda berhenti maka akan berat untuk menggerakkannya semula.
Cara bermula memerlukan beberapa kekuatan:
Perinciannya:
Mungkin dah ramai nampak arah tuju dan matlamatnya, tetapi tidak tahu atau tidak pasti bagaimana nak bermula, saya akan ulas tentang kekuatan untuk bermula (item 2 diatas), tetapi jika anda masih belum ada arah tuju dan matlamat (sila hubungi saya), maka anda berada dalam keadaan yg belum bermula langsung.
Kekuatan untuk bermula; beberapa sebab menyebabkan anda tidak bermula atau menangguhkan untuk bermula, antara sebab-sebabnya ialah :
Sebagai contoh, anda tidak pernah pergi ke negeri Perlis. Anda ingin pergi kesana, kerana ada tempat-tempat menarik seperti Pekan Padang Besar (untuk shopping barangan murah), ada Taman Ular (ada lebih dari 1000 spesis ular dll. Tapi bagaimana nak kesana ??
Antara caranya (Rancang Perjalanan Anda) :
Ini adalah contoh perancangan untuk bermula sesuatu aktiviti. Begitu jugalah perancangan berniaga anda(kehidupan anda). Mungkin anda boleh membuat perancangan melancung seperti diatas (walaupun ramai juga yg tak boleh merancangnya), tetapi bagaimana merancang niaga anda ?
Ia mungkin dilihat susah tetapi caranya adalah lebih kurang seperti diatas. Cuma tak ramai yg berani membuatnya kerana halangan fikiran (was-was dari Syaitan) :
Semua diatas adalah pandangan ‘budaya’ Melayu atau ‘budaya nenek moyang’. Jadi bagaimana nak merancang dan membuat perniagaan ?? Caranya ada persamaan dengan cara anda melancong seperti diatas.
Antara cara-caranya adalah seperti berikut :
Namun, disebalik perancangan dan perbuatan diatas, namun ada cabarannya, mana ada bumi tidak ditimpa hujan, mana ada bumi tak dipukul ribut taufan, mana ada mentari 24 jam, mana ada bulan disiang hari, mana ada bumi yg semua tanahnya subur, mana ada pokok yg semuanya berbuah, mana ada laut yg tak bergelombang, mana ada manusia tidak tidur. Ini adalah tabiat alam dan hukum Tuhan. Setiap manusia akan menempuh cabaran.
Cabaran untuk menguatkan sendinya, cabaran untuk menguatkan tulang belakangnya, cabaran untuk proses kematangan, cabaran untuk proses pembaikan, cabaran untuk proses kesabaran, cabaran untuk proses membuang kesombongan, cabaran untuk mengurus hawa-nafsu, cabaran untuk terus berjuang, cabaran untuk Berjaya, cabaran untuk menerima kejayaan, cabaran untuk menangung kejayaan, cabaran untuk lebih Berjaya, cabaran untuk menghadapi kegagalan, cabaran untuk istiqamah dsbnya.
CABARANNYA ;
Semua anda dah lalui seperti diatas, tapi anda belum bermula….atau bermula, tetapi hilang arah, bermula tapi belum Berjaya, bermula tapi Berjaya sedikit, bermula tapi dah Berjaya banyak, bermula Berjaya dan gagal, bermula Berjaya gagal bermula semula dll.
Apakah persoalan dan rahsianya ??? Suatu tajuk yg luas dan jawapan untup persoalan diatas adalah antara langit dan bumi, bergantung pada keadaan masing-masing. Saya tidak dapat menyatakan semua disini, boleh hubungi saya di email dsbnya untuk menjawab persoalan tersebut (tapi bergantung pada ukuran pengalaman saya juga, tidak semua soalan boleh/mampu dijawab)
Letakkan titik atau noktah mula dengan menyebut Nama Allah. Bermulalah Dengan Nama Allah dan bersama-sama Allah; Bismillahirahmanirahim dan Iqra bisimikalazi khalaq
Selamat berfikir, mencuba dan berusaha.

- Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yg menciptakan (sekelian makhluk).
- Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
- Bacalah Tuhanmu yg Maha Pemurah.
- Dia Mengajar manusia melalui pena dan tulisan
- Dia mengajar manusia apa yg tidak diketahui manusia
- Ketahuilah ! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas
- Dengan melihat dirinya serba cukup sempurna
- Sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat semuanya akan kembali
Permulaan adalah satu noktah yg memerlukan kekuatan; Contohnya; anda hendak menggolekkan seketul batu besar yg permukaannya kasar (tidak rata/tidak licin).Anda akan merasanya tersangat berat untuk menolaknya kerana berat dan permukaannya kasar. Mungkin anda memerlukan orang lain untuk menolong menolaknya buat kali pertama, setelah ianya bergerak, lama kelamaan permukaannya akan haus dan licin, maka senang untuk menolaknya, tapi jangan berhenti menolak (momentum), jika anda berhenti maka akan berat untuk menggerakkannya semula.
Cara bermula memerlukan beberapa kekuatan:
- Kekuatan niat (mencari arah tuju, mencari matlamat )
- Kekuatan nak bermula (malas, bertangguh, tunggu orang lain mula, menunggu ditolak oleh orang lain atau bila dah terpaksa )
- Kekuatan membuang halangan tersebut (halangan fikiran dan diri sendiri)
Perinciannya:
Mungkin dah ramai nampak arah tuju dan matlamatnya, tetapi tidak tahu atau tidak pasti bagaimana nak bermula, saya akan ulas tentang kekuatan untuk bermula (item 2 diatas), tetapi jika anda masih belum ada arah tuju dan matlamat (sila hubungi saya), maka anda berada dalam keadaan yg belum bermula langsung.
Kekuatan untuk bermula; beberapa sebab menyebabkan anda tidak bermula atau menangguhkan untuk bermula, antara sebab-sebabnya ialah :
- Matlamat jelas tetapi tak tahu cara nak bermula
- Tahu cara, tapi tak tahu bagaimana nak membuatnya
Sebagai contoh, anda tidak pernah pergi ke negeri Perlis. Anda ingin pergi kesana, kerana ada tempat-tempat menarik seperti Pekan Padang Besar (untuk shopping barangan murah), ada Taman Ular (ada lebih dari 1000 spesis ular dll. Tapi bagaimana nak kesana ??
Antara caranya (Rancang Perjalanan Anda) :
- Lihat Peta Malaysia (lihat skala berapa jauh perjalanan)
- Lihat maklumat di Internet (Banyak ruangan ‘maklumat pelancongan’ tentang tambang, harga hotel, homestay, dll)
- Atau pergi ke mana-mana ‘Tourist Information Center’. Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk mempromosi pelancungan dalam negeri
- Pergi ke bas station/keretapi/kapalterbang, Tanya berapa tambang kesana.
- Buat bajet perbelanjaan mengikut berapa hari anda nak kesana.
- Simpan wang untuk pergi kesana dengan cara simpanan bulanan g
- Berbincang dengan rakan/keluarga untuk pergi bersama.
- Cari kawan-kawan orang Perlis atau orang yg pernah pergi ke Perlis, dan bertanya. i
- Putuskan bila anda akan kesana (musim cuti sekolah atau ‘off peak season’)
- Buat tempahan hotel
- Buat tempahan tiket (bas, keretapi,kapal terbang dll)
- Atau tempahan kereta kawan anda
- Bersiap sedia (packing) 2-3 hari sebelum tarikh perjalanan anda
- Bergerak pada hari yg ditetapkan (jika anda membuat semua item diatas tapi tidak bergerak pada hari tersebut, maka…..)
- ‘Enjoy’ perjalanan anda
- Lihat apa yg ada dalam perjalanan anda, bukan sekadar melihat bila dah sampai ke Perlis
- Catit apa yg perlu untuk dikongsikan bersama dengan orang lain
- Cari kawan baru dalam perjalanan anda (samada didalam perjalanan atau semasa berada di Perlis atau dalam perjalanan pulang)
- Bila pulang, baiki apa-apa kelemahan dalam anda melalui perjalanan/percutian anda.
- Rancang untuk perjalanan/percutian lain pula
Ini adalah contoh perancangan untuk bermula sesuatu aktiviti. Begitu jugalah perancangan berniaga anda(kehidupan anda). Mungkin anda boleh membuat perancangan melancung seperti diatas (walaupun ramai juga yg tak boleh merancangnya), tetapi bagaimana merancang niaga anda ?
Ia mungkin dilihat susah tetapi caranya adalah lebih kurang seperti diatas. Cuma tak ramai yg berani membuatnya kerana halangan fikiran (was-was dari Syaitan) :
- Perniagaan bukan budaya Melayu
- Perniagaan dikatakan ‘risiko’ tinggi
- Perniagaan susah (pendapatan tidak tetap dan tidak pasti)
- Perniagaan untuk orang yg tak berkelulusan
- Perniagaan untuk keluarga yg berniaga
- Perniagaan memerlukan modal yg banyak
- Perniagaan akan membuatkan seseorang lupa Ibadah.(Bila berniaga akan kaya, bila kaya tak bahagia, akan lupa isteri/suami, atau akan kahwin 2/3/4, akan tak ada masa dengan anak-anak, akan tamak, akan,akan,akan……)
Semua diatas adalah pandangan ‘budaya’ Melayu atau ‘budaya nenek moyang’. Jadi bagaimana nak merancang dan membuat perniagaan ?? Caranya ada persamaan dengan cara anda melancong seperti diatas.
Antara cara-caranya adalah seperti berikut :
- Anda berfikir seperti orang berniaga
- Anda berkawan-kawan dengan orang yg berniaga
- Anda mencari pasangan hidup dari golonga yg ada terlibat dengan berniaga (keluarganya berniaga, sedaranya , kawan-kawannya berniaga dll)
- Anda makan seperti orang berniaga
- Anda kerja seperti orang berniaga
- Anda join kelab orang berniaga
- Pergi seminar orang yg berniaga
- Baca buku-buku orang pengalaman berniaga
- Jumpa orang yg berniaga selalu dan berbincang tentang pengalamannya, minta pandangan mereka tentang perancangan dan aktiviti anda
- Anda melakukan aktiviti sepertimana orang yg berniaga
- Anda pergi ke tempat-tempat orang berniaga Insyallah, anda boleh berniaga.
Namun, disebalik perancangan dan perbuatan diatas, namun ada cabarannya, mana ada bumi tidak ditimpa hujan, mana ada bumi tak dipukul ribut taufan, mana ada mentari 24 jam, mana ada bulan disiang hari, mana ada bumi yg semua tanahnya subur, mana ada pokok yg semuanya berbuah, mana ada laut yg tak bergelombang, mana ada manusia tidak tidur. Ini adalah tabiat alam dan hukum Tuhan. Setiap manusia akan menempuh cabaran.
Cabaran untuk menguatkan sendinya, cabaran untuk menguatkan tulang belakangnya, cabaran untuk proses kematangan, cabaran untuk proses pembaikan, cabaran untuk proses kesabaran, cabaran untuk proses membuang kesombongan, cabaran untuk mengurus hawa-nafsu, cabaran untuk terus berjuang, cabaran untuk Berjaya, cabaran untuk menerima kejayaan, cabaran untuk menangung kejayaan, cabaran untuk lebih Berjaya, cabaran untuk menghadapi kegagalan, cabaran untuk istiqamah dsbnya.
CABARANNYA ;
- Anda dah pergi berbagai-bagai seminar dan kursus
- Dah pergi berbagai-bagai ekspo
- Dah jumpa beberapa orang berniaga
- Dah baca macam-macam buku berniaga
- Baru berniaga
- Dah pun berniaga 5 tahun
- Dah tukar beberapa jenis perniagaan
- Atau dah berniaga 20 tahun.
Semua anda dah lalui seperti diatas, tapi anda belum bermula….atau bermula, tetapi hilang arah, bermula tapi belum Berjaya, bermula tapi Berjaya sedikit, bermula tapi dah Berjaya banyak, bermula Berjaya dan gagal, bermula Berjaya gagal bermula semula dll.
Apakah persoalan dan rahsianya ??? Suatu tajuk yg luas dan jawapan untup persoalan diatas adalah antara langit dan bumi, bergantung pada keadaan masing-masing. Saya tidak dapat menyatakan semua disini, boleh hubungi saya di email dsbnya untuk menjawab persoalan tersebut (tapi bergantung pada ukuran pengalaman saya juga, tidak semua soalan boleh/mampu dijawab)
Letakkan titik atau noktah mula dengan menyebut Nama Allah. Bermulalah Dengan Nama Allah dan bersama-sama Allah; Bismillahirahmanirahim dan Iqra bisimikalazi khalaq
Selamat berfikir, mencuba dan berusaha.
No comments:
Post a Comment