Friday, December 4, 2009

BERLATIH

SABAR BERLATIH (RIADAH)

Abu Said (Saad) bin Malik bin Sinan Al Khudry berkata; ‘Ada beberapa orang dari sahabat Ansar datang meminta kepada Rasulullah saw, maka diberi oleh baginda, kemudian meminta pula dan diberi oleh Rasulullah, sehingga habis apa yg ada padanya. Dan setelah habis apa yg ada ditangan Nabi, beliau bersabda kepada mereka: Apa saja yg akan membawa kebaikanmu tidak akan aku sembunyikan dari kamu, dan siapa yg memelihara kesopanan dirinya, Allah akan memelihara kesopanannya dan siapa yg merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya; dan siapa yg berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya. Dan tiada orang yg mendapat kurnia (pemberian) Allah yg lebih baik atau lebih dari kesabaran’. (Bukhari Muslim)

Latihan adalah satu proses untuk berjaya/kaya. Dikampung saya semasa kecil-kecil dulu, semasa saya bersama ayah saya menggembala lembu, beliau menceritakan bahawa ada seorang kampong biasa yg dapat mengangkat bapa lembu. Kemudian saya pun berkata, ‘ayah cubalah angkat lembu ni, saya nak tengok juga’. Ayah saya berkata ‘ ayah tak boleh la, ayah tak kuat’. Saya berkata lagi ‘ayah cakap dia orang biasa, kan ayah juga orang biasa’. Ohh maksud orang biasa tu ialah ‘ dia tak pakai sihir , tak pakai jin, tak pakai muslihat”. Saya mengangguk. Saya bertanya lagi ‘jika dia orang biasa, bagaimana dia boleh angkat lembu tu ?’. Jawab ayah lagi‘ dia berlatih tiap-tiap hari, dia mula mengangkat lembu tu mula-mula dari anak lembu lagi, dan dia mengangkatnya setiap hari tanpa ‘miss’, jadi bila lembu tu besar, dia masih boleh mengangkatnya’. Oh kalau macam tu saya saya pun nak berlatih angkat lembu le, kata saya.

Bolehkah kita datang keladang ni tiap-tiap hari,? tanya saya. Jawab ayah ‘ayah bawa engkau kesini, nak temankan ayah saja, bukan nak suruh jaga dan angkat lembu, kan kau kena pergi sekolah setiap hari, lepas sekolah kena pergi university (walaupun ayah tak pernah pi university), lepas pi university kena kerja, kemudian kena kahwin, kemudian jaga anak-anak’, Bila ada masa setiap pagi nak datang sini angkat lembu tu…lagi pun zaman sekarang orang bawa lembu naik lori, zaman dulu takde lori. Lagipun lembu ni ayah nak jual untuk belanja engkau pi sekolah dan masuk university, mana boleh nak diangkat lagi lepas ni.

Itulah sedikit cerita ‘berlatih’ yg diceritakan oleh ayah saya. (semuga Allah memberi rahmat kepada ayahku dan mejadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga).

Untuk mendapat kejayaan/kekayaan juga perlu berlatih.

Tidak ada ‘magic’ dalam perniagaan/hidup. Bayang kan anda berniaga/kerja setiap hari, pergi-balik, pergi balik setiap hari, tiba-tiba sepuluh tahun anda Berjaya. Kalau sesenang itu, ramai orang Malaysia dah Berjaya/kaya, kerana ‘masyallah’, banyak peluang-peluang perniagaan disini. Ramai pendatang asing datang ke Malaysia untuk mencari redzeki dan ramai diantara mereka Berjaya, sebahagiannya lebih Berjaya dari sebahagian orang Malaysia.

Untuk berlatih kita mesti melalui beberapa proses:
  • Berlatih ilmu; iaitu berlatih menuntut ilmu tu sedikit-sedikit, mula dengan satu kemudian dua dan seterusnya. Latih hari-hari, buat hari-hari, jika tidak faham perlu mengulang. Walaupun kita bekerja, menuntut ilmu itu perlu, hingga mati.
  • Berlatih berfikir
  • Berlatih merancang
  • Berlatih mengurus
  • Berlatih membuat amal
  • Berlatih membaiki kerja-kerja yg dibuat
  • Berlatih membuat inovasi
  • Berlatih bersabar dalam membuat kerja
  • Berlatih bersabar dalam menunggu hasil
  • Berlatih bersabar dengan cemuhan yg mengatakan anda lambat berjaya,’tak habis-habis berlatih’.
  • Berlatih bersabar dalam mendapat ‘hasil’
  • Berlatih bersabar dalam membelanjakan hasil.
  • Berlatih mengajar ilmu dan ‘amalan berlatih’
  • Berlatih sabar menunggu yg dilatih

Cabaran berlatih :
  • Manusia mempunyai sifat ‘cepat bosan’
  • Bersifat nak cepat dapat ‘hasil’
  • Bersifat cepat pandai, kemudian tak perlu belajar lagi
  • Bersifat memandai-mandai
  • Bersifat tidak berlatih selepas pandai sedikit
  • Lupa berlatih bila dah lama/tua (berlatih tu untuk orang muda atau untuk orang tak pandai saja)
  • Lepas mendapat ‘hasil’ lupa untuk membelanjakan bahagian ‘hasil’ tersebut untuk berlatih lagi.
  • Lupa untuk membina tenaga pelatih baru.

Semuga diambil pengajaran dari maksud hadis diatas yg menyarankan kita untuk ‘berlatih sabar’. Kerana kesabaran itu adalah sebahagian dari Iman. Kesabaran itu bukan satu perkataan sahaja, ia adalah proses berlatih (membina). Membina ialah salah satu maksud TAQWA, iaitu membina hubungan dengan Allah, membina hubungan sesama manusia dan membina hubungan dengan alam semesta. Berlatihlah membina.....

Wallahu aklam.

2 comments:

  1. practice makes perfect sering dikaitkan perkara yg duniawi...kini terbuka mata melihatnya lebih jauh... ayat alquran ' wa kaa nal insaana 'ajula' dan insan itu dalam keadaan tergesa..jadi sifat nk capat itu sudah ada pada manusia - dikisah antara riwayat nya ayat ini diturunkan menceritakan ketika nabi adam di tiupkan nyawa, baru sampai pinggang dah bangun da, menunjukkan ketergesaan insan itu..tapi ini bukan alasan untuk kita tergesa-gesa. melawan n mlatih diri menjadi sabar adalah proses jihad yang besar nilainya dalam pembentukan modal insan bertaqwa yang berjaya dunia-ukhrawi insyaAllah... terima kasih atas tulisan nya tuan haji

    ReplyDelete
  2. very interesting..need to apply this in my daily routine...biar lambat dan cermat hasilnya bermatlamat

    ReplyDelete