Friday, December 11, 2009

MEMBINA IMPIAN

IMPIAN (DREAM)

Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Kerasulan dan kenabian itu telah terputus, maka tidak ada rasul dan nabi setelah aku’. Anas berkata, ‘Hal ini menggundahkan orang-orang’. Beliau bersabda, ‘Namun khabar gembira akan tetap lahir,’ Para sahabat bertanya,’Wahai Rasulullah, apakah khabar gembira itu ?’ Beliau menjawab, ‘Impian seorang muslim. Impian itu merupakan salah satu bahagian dari kenabian’.- HR Ahmad.

Antara ‘impian’ dan ‘angan-angan kosong’

Impian adalah satu tekad atau keazaman didalam hati atau diri manusia dalam mencapai sesuatu matlamat atau tujuan. Impian adalah sesuatu yang diinginkan dan disertai dengan perancangan, usaha dan strategi yg berkesan dan disertai dengan tawakkal dan doa kepada Allah SWT.

Angan-angan kosong adalah suatu cita-cita khayalan tanpa diiringi dengan usaha yg gigih dan berlawanan dengan sifat ‘impian’ seperti diatas.

Bagaimana hendak mendapat/mencapai ‘impian’ anda ?

Untuk mencapai ‘impian’, anda hendaklah merasai atau cuba merasai apa yg anda impikan itu. Contohnya anda impikan untuk menjadi seorang ushawan Berjaya. Anda cuba bayangkan bagaimana dia tinggal dirumah yg selesa, kereta selesa, pejabat selesa, berada dengan kawan-kawan yg hebat, berkongsi kejayaannya dengan orang lain, melancong keluar Negara, menderma/membantu orang yg memerlukannya dsbnya. Juga cuba bayangkan bagaimana dia bekerja untuk mencapai kejayaan/kekayaannya, bagaimana beliau merancang, bagaimana beliau membuat strategi, bagaimana dia menjaga syarikatnya, pekerjanya dan produknya, berapa lama beliau berusaha untuk Berjaya, siapa disebalik kejayaannya, dsbnya.

Bayangan tersebut bukan hanya bayangan keseronokan mendapatkan hasil sahaja, tetapi bayangkan juga bagaimana beliau berusaha untuk mendapat dan menjaga hasil dan kejayaan tersebut. Bayangkanlah semasa anda hendak tidur hingga anda terlelap dengan ‘impian’ tersebut. (Tetapi jangan lupa membaca Ummul Quran, Ayat Kursi, AL Ikhlas, Al Falaq dan An Nas dan juga beristigfar kepada Allah; ini adalah Sunnah Rasul saw)

Konsep ‘bayangan’ ini juga dipanggil proses menghidupkan minda bawah sedar (‘sub-concious mind’). Sila baca buku-buku yg mengulas terperinci tentang ‘sub-concious mind’ ini. Saya menamakan ini adalah proses ‘doa’, memohon rahmat, petunjuk, kekuatan, ketekunan dan sabar dari Allah SWT dan ini adalah proses untuk ‘menghidupkan roh’ anda.

Proses ini adalah proses membina ‘kebiasaan’, contohnya anda setiap hari pergi kerja melalui satu jalan yg sama, maka setelah bertahun-tahun membuatnya, semua anggotaanda sudah tahu proses tersebut, sambil memandu anda tidak perlu fikir lagi, jalan mana nak ikut, nak tekan brek, nak berhenti pada lampu isyarat, nak memotong kenderaan, nak membelok. Jadi pada masa tersebut anda boleh berfikir dan membuat benda lain seperti berzikir, memikir strategi berniaga, mendengar berita di radio, menalipon seseorang, makan kuaci, minum air dsbnya.

Satu contoh lagi ialah, anda hendak membeli perabut baru. Anda sudah fikir/tahu berapa bajet nak disediakan, kedai mana nak cari, bentuk hutang atau tunai, jenis perabut tersebut dll. Bila anda berfikir benda tersebut, dengan automatic ‘sub-concious mind’ akan memberitahu anda jawapannya. Perkara ini berlaku juga bila anda terlupa nama kawan lama anda, atau tempat mana terletak kunci dirumah anda, bila anda terhenti sejenak atau selepas anda solat atau anda sedang membuat kerja lain, ia akan muncul dalam fikiran anda.

Jawapannya ialah, ‘roh’ anda akan membantu badan (semua anggota; akal, mata,tangan, kaki dll) anda dalam menyelesaikan sesuatu perkara.’Roh’ akan memberi input kepada anggota badan untuk bertindak. Jadi jagalah ‘roh’ anda……impilah perkara positif, AWAS..ia akan berlaku juga jika anda ‘impikan’ perkara tidak baik. ‘Roh’ ini tidak mengenal samada perkara tersebut baik atau tidak, yg mengenal perkara baik-buruk ialah ‘akal’ yg diasah dengan Ilmu. Sila rujuk AlQuran tentang penciptaan Adam. ( Perkara ini akan saya ulas dengan terperinci kemudian atau sila hubungi saya untuk perinciannya..)

Proses ‘Impian’ ini perlu dilakukan setiap hari sebelum anda tidur dan diperingatkan bila anda bangun keesokan harinya (selepas membaca doa bangun tidur dan bersyukur dengan ‘nyawa’ baru dihari tersebut). Insyallah, dengan rahmat, kurnia dan pertolongan Allah, anda akan mendapatnya.

Bila proses ‘impian’ ini telah lekat pada ‘roh’ anda, ia akan mengarahkan signal-signal (ilham) pada anggota badan anda untuk bertindak dalam mencapai ‘impian’ anda setelah anda merancang, mengurus dan membuat kerja anda.

Selamat mencuba berkaliX !!!

1 comment:

  1. yup... sedang membayangkan... semoga noru master februari 2016

    ReplyDelete