Friday, December 11, 2009

BEKALAN DAN SENJATA BERNIAGA

NAK BERNIAGA? APA BEKALAN DAN SENJATA ANDA ?

Dalam banyak buku-buku, salah satu maksud berniaga ialah ‘berperang’.
  1. Berperang dengan diri anda
  2. Berperang dengan keluarga anda
  3. Berperang dengan syarikat anda (pekerja, produk, system)
  4. Berperang dengan pesaing anda
  5. Berperang dengan keadaan semasa (kegawatan, budaya, ekonomi globalisasi)

Untuk berperang, anda mesti ada ‘Bekalan & Senjata’. Jadi bersiap-sedialah dengan bekalan dan senjata sebelum terjun kemedan juang atau tambah/tukar senjata bila dah mula/lama berniaga.

Bekalan & Senjata akan berubah mengikut keperluan serangan dan musuh.

Bekalan & Senjata-senjata;
(Bekalan asas; Keyakinan, makanan & air. Senjata asas; fizikal/sehat diri, skud dan perisai) ;

  1. Kekuatan Diri (Jatidiri); ‘mujahadah’ yg tak akan selesai hingga kehadapan Allah SWT
  2. Ilmu berniaga (baca buku, CD, seminar, berjumpa orang berniaga, joint klub berniaga )
  3. Pengalaman berniaga (jika tak berpengalaman, berkawan dan minta nasihat dari orang yg berpengalaman)
  4. Alat-alat; ·

  • Produk/servis ·
  • Pekerja atau diri sendiri ·
  • Sistem syarikat ·
  • Modal (sendiri, pinjaman, perkongsian, mudarabah, Joint-Venture, dll) ·
  • Kenderaan ·
  • Pejabat ·
  • Networking (keluarga, kawan-kawan, kelab, saudara-mara, pelangan atas pelanggan dll)

Berperang tanpa ada persediaan, adalah seperti anda membunuh diri anda !!!

No comments:

Post a Comment