Sunday, December 27, 2009

TAHAP-TAHAP PERNIAGAAN

Tahap-tahap pencapaian dalam SESUATU perniagaan;

  1. Bekerja dengan orang lain (antara cara belajar berniaga)
  2. Bekerja sendiri (sendiri ‘tauke’, sendiri ‘kuli’)
  3. Menggaji orang bekerja
  4. ‘Sistem’ membina perniagaan
  5. ‘Wang’ membina perniagaan
  6. ‘Kepercayaan’ membina perniagaan

Perinciannya:
1. Bekerja dengan orang lain

Ini adalah cara berniaga yang paling efektif. Dengan bekerja ditempat tersebuat anda boleh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin dan membina perniagaan anda sebelum anda mengambil risiko ‘meredah’ hutan tebal. Perkara ini saya telah menulis dalam bab TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN sila rujuk

2. Bekerja sendiri (sendiri ‘tauke’, sendiri ‘kuli’)

Setelah menimba pengalaman dalam tahap 1 diatas, anda sudah mempunyai lebih kurang 30% pengalaman ditahap perniagaan tersebut. Bakinya anda akan melalui sendiri dengan ‘berdikari’ iaitu berusaha menempuh segala skop perniagaan dengan sendiri. Ianya bergantung sejauh mana anda merancang pada masa peringkat 1 diatas. Jika anda telah merancang dan bertindak dengan baik mungkin anda telah mencapai hingga tahap 50-60%.

Contohnya, jika ditahap 1 anda telah mengetahui produk anda (mungkin produk yg sama dengan majikan anda dulu, produk hiliran mereka atau innovatif dari produk tersebut atau produk lain tetapi pasaran yg sama dsbnya). Anda juga perlu mengenali pembekal produk, pengguna produk, sumber kewangan dsbnya. Dengan perancangan yg rapi, Insyallah sebenarnya anda telah melengkapkan diri anda untuk menghadapi dunia perniagaan yg mencabar ini. Tetapi jika sekadar anda bekerja sambil lewa, tidak bermatlamat, tak berperancangan, tidak bekerja seperti syarikat sendiri, maka anda sebenarnya ‘belum belajar berniaga’ dari proses 1 tadi. Bila ditahap bekerja sendiri ini, semua tangungjawab keatas diri anda dan perniagaan anda berada diatas diri anda. Tidak ada kamus untuk ‘mengharap orang lain’.

Orang lain hanya pelengkap atau pembantu untuk mencapai impian anda. Jika ‘orang lain’ yg anda harapkan itu boleh membantu anda Berjaya, Dia akan mengutamakan dirinya dulu, dia akan kaya dulu. Contohnya seperti ada yg mengatakan untuk melabur dengannya, keuntungan 20-50%, sebenarnya Dia menipu/manipulasi perniagaan sahaja. Mana ada perniagaan yg mempunyai untung bersih sebanyak itu, sebaik-baik menjaga perniagaan/wang adalah diri anda sendiri, mana ada orang lain yg lebih baik untuk menjaga perniagaan/wang anda. Janji untung besar ini adalah bentuk penipuan yg lazim digunakan untuk orang ‘tamak’ atau untuk orang yg berhajat nak berniaga atau untuk menambah pendapatan. Anda mesti mahir dan mengetahui segala selok-belok perniagaan anda. Persediaan ini perlu sebelum anda mengambil pekerja atau rakan kongsi. Jika anda sendiri tidak tahu, bagaimana melatih orang lain bila mereka bersama anda kelak. Peringkat ini banyak menguji kreativiti, perancangan dan kerja kuat anda. Pengurusan diri sendiri dan disiplin amat penting pada tahap ini.

3. Menggaji orang bekerja.

Pada peringkat ini, anda memerlukan kepakaran perancangan dan pengurusan manusia dan pengurusan produk anda. Bayangkan jika anda mempunyai dua orang pekerja, bagaimana mengagihkan kerja, memantau kerja, memastikan kerja mengikut kehendak pelanggan, jika ada salah faham tentang dua pekerja tersebut, mengajar mereka bekerja dan merancang dsbnya. Tanpa pengetahuan ini, adan akan bekerja bersendirian, pekerja anda hanya akan menunggu arahan anda, setiap langkah menunggu anda, jadi bagaimana tugas nak menjadi ‘efisien’. Tanpa ‘efisien’ syarikat tidak akan membuat untung kerana banyak kos-kos yg tidak sepatutnya dikoskan dalam proses membuat sesuatu kerja tersebut.

‘Pekerja adalah pekerja’; ini adalah satu hakikat kehidupan sejagat. Bagaimana pekerja nak membuat seperti syarikat sendiri, kerana dia pekerja. Bagaimana dia nak bekerja kuat, kerana dia pekerja, bagaimana dia nak kreatif, kerana dia pekerja, bagaimana dia nak faham lebih dari skop kerjanya sahaja, kerana dia pekerja…Jika dia boleh buat seperti yang anda boleh buat maka dia buka pekerja anda, dia sudah menjadi peniaga seperti anda !!! Ini Bukan soal gaji, soal imbuhan, soal tangungjawab, tapi soal pemikiran dan ‘perspeksi’ pekerja.

Jika anda hendakkan pekerja menjadi seperti anda, maka anda perlu mengubah perspeksi mereka. Adakah mereka berfikir seperti yg anda fikir, merancang seperti anda rancang, mengurus seperti anda mengurus, bekerja seperti anda bekerja dsbnya. Walaupun Nampak macam mereka faham, setuju dan berjanji seperti yg anda ingini, tapi ‘perspeksi’ ini tidak boleh diubah setahun dua, kadangkala mengambil masa berpuloh tahun, kerana ia manusia. Permasalahan manusia adalah permasalahan sejagat yg difikirkan satu dunia, dari zaman dahulu hingga sekarang. Memahami pekerja anda dan kehidupannya adalah penting dalam proses membina syarikat anda. Mesti difahami kehendaknya, cita-citanya, tujuannya dsbnya. Jika anda mengenali dan memenuhi ‘impian’ mereka, insyallah dia akan boleh bekerja dengan hebat dan akhirnya mereka boleh menjadi rakan kongsi anda.

4. ‘Sistem’ membina perniagaan.

Syarikat anda maju kehadapan. Pekerja perlu ditambah, barangan perlu disampaikan kepada pelanggan, wang perlu dikutip, dsbnya. Bagaimana mengendalikan situasi ini ?? Anda memerlukan system yang sesuai untuk mengendalikan situasi ini. Jika system tidak dibentuk, maka perniagaan anda tidak boleh ditinggalkan walaupun seminggu. Inilah keadaan biasa dalam perniagaan orang Melayu, dimana ‘tauke’nya tidak boleh pergi kemana-mana, tak boleh demam, tak boleh cuti, tak sempat makan, tak boleh tidur dsbnya.
Contoh system dalam sesuatu perniagaan:
  • Sistem pentadbiran
  1. Kriteria mengambil pekerja dan tatacara kerja dalam syarikat
  2. Tangga gaji
  3. Cuti
  4. Kenaikan pangkat dan gaji
  5. Cara membina kemahiran pekerja
  6. Cara menangani disiplin pekerja
  • Sistem Kewangan
  1. Sistem menghantar ‘invois’
  2. Sistem kutipan bayaran
  3. Sistem akaun dan aliran tunai
  4. Sistem meminjam dan membayar balik pinjaman
  5. Cara menuntut bayaran (claim untuk pekerja)
  • Sistem pemasaran
  1. Mengenal pasaran
  2. Mengenal pengguna dan kehendak pengguna
  3. Cara-cara pemasaran i
  • Sistem Operasi
  1. Cara membuat/mengurus barangan
  2. Cara menyimpan stok barangan
  3. Cara menghantar barang
  4. Cara mengembalikan barang rosak dan cara membaiki barangan yg rosak
  • Sistem pembelian syarikat
  1. Cara meminta sebutharga
  2. Cara memileh harga dan pembekal
  3. Cara membayar
  4. Cara menilai barangan
  • Sistem khidmat pelanggan
  1. Cara menerima aduan dari pelanggan
  2. Cara menangani masalah tersebut
  3. Cara memastikan kejadian (complain) tidak berulang

5. Wang’ membina perniagaan.

Tahap ini ialah perniagaan anda telah maju beberapa tapak kehadapan. Syarikat mempunyai aliran tunai yg baik, ada telah berjaya memenuhi kehendak pelanggan anda, anda cukup wang untuk membayar pembekal dan pekerja anda, anda telah berkongsi keuntungan anda dengan pekerja syarikat anda, anda juga telah membayar zakat perniagaan, juga mempunyai wang simpanan untuk masa ‘getir’ perniagaan anda (‘reserve’ untuk perbelanjaan operasi untuk jangkamasa 13 bulan.) Dengan mempunyai ‘lebihan wang’ maka anda sudah diperingkat ini. Anda boleh membesarkan empayar perniagaan anda dengan cara memasuki ‘industry hiliran anda’ atau memasuki produk dengan pasaran baru. Melabur atau membuat usahasama (Joint venture) dsbnya.

6. ‘Kepercayaan’ membina perniagaan

Tahap ini adalah, ‘anda diberi peluang perniagaan/kerja bergantung kepada kepercayaan pelanggan kepada anda’. Kepercayaan ini datang dengan beberapa perkara iaitu :
  • Anda telah berada dalam perniagaan tersebut dalam tempoh yang lama (antara 10-20 tahun)
  • Anda telah mempunyai bilangan pekerja yg munasabah ·
  • Anda telah menyiapkan kerja-kerja/tugas yg diberikan kepada anda dengan jayanya
  • Anda telah ‘maintain’ kualiti kerja anda seperti tahap pasaran ·
  • Cakap anda adalah kontrak
  • Anda telah membina ‘imej’ diri dan syarikat

Proses kepercayaan bukan datang ‘menggolek’. Ia adalah satu proses yg dilakukan dengan sedar, berstrategi, berperancangan dan kerja kuat/smart. Kepercayaan adalah proses ‘keimanan’ kerana iman itu adalah maksud percaya dan yakin. Membina kepercayaan bermula dengan kepercayaan kepada diri anda sendiri, kemampuan anda, potensi anda. Jika anda pun tidak percaya pada diri sendiri, bagaimana orang lain akan mempercayai anda ? Proses percaya juga adalah satu anugerah (rahmat) Allah kepada anda, setelah anda begitu percaya kepadaNya, yakin kepadaNya, patuh segala ajaranNya, reda dengan pemberianNya (senang dan susah), syukur dengan nikmatNya, sabar dalam banyak hal (sabar berusaha, sabar menunggu hasil, sabar untuk membelanjakan hasil, sabar untuk membaiki kepada lebih baik) dan menunaikan hak Allah dan hak makhlukNya.

Anda perlu membina seupaya pelanggan mempercayai anda dan perniagaan anda. Ianya bukan proses singkat, kerana hendak membina memerlukan masa bertahun-tahun, tapi nak meruntuhkan hanya mengambil masa 5 minit, mungkin dengan sekadar terlepas beberapa perkataan yg menyakitkan/menyingung pelanggan anda. Atau pun pelanggan merasakan anda telah ‘berbohong’ padanya atau anda mengkhianati amanah yg telah diberikan kepada anda.

Kepercayaan tidak boleh dipaksa, firman Allah yg bermaksud : Jika kamu membelanjakan seluruh dunia dan isinya, kamu tidak boleh menyatukan hati manusia tetapi Allah boleh menyatuhan hati manusia. Jadi binalah kepercayaan dengan Allah, nescaya kepercayaan makhluk akan terbina.

Wallahuaklam.

Thursday, December 24, 2009

TITIK MULA

BERMULAKAH ANDA ??

Bermula adalah satu noktah. Satu titik yang diletakkan pada minda dan kertas.

Saranan Allah SWT; Al Alaq 1-5 :
  1. Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yg menciptakan (sekelian makhluk).
  2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
  3. Bacalah Tuhanmu yg Maha Pemurah.
  4. Dia Mengajar manusia melalui pena dan tulisan
  5. Dia mengajar manusia apa yg tidak diketahui manusia
  6. Ketahuilah ! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas
  7. Dengan melihat dirinya serba cukup sempurna
  8. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat semuanya akan kembali

Permulaan adalah satu noktah yg memerlukan kekuatan; Contohnya; anda hendak menggolekkan seketul batu besar yg permukaannya kasar (tidak rata/tidak licin).Anda akan merasanya tersangat berat untuk menolaknya kerana berat dan permukaannya kasar. Mungkin anda memerlukan orang lain untuk menolong menolaknya buat kali pertama, setelah ianya bergerak, lama kelamaan permukaannya akan haus dan licin, maka senang untuk menolaknya, tapi jangan berhenti menolak (momentum), jika anda berhenti maka akan berat untuk menggerakkannya semula.

Cara bermula memerlukan beberapa kekuatan:
  1. Kekuatan niat (mencari arah tuju, mencari matlamat )
  2. Kekuatan nak bermula (malas, bertangguh, tunggu orang lain mula, menunggu ditolak oleh orang lain atau bila dah terpaksa )
  3. Kekuatan membuang halangan tersebut (halangan fikiran dan diri sendiri)

Perinciannya:

Mungkin dah ramai nampak arah tuju dan matlamatnya, tetapi tidak tahu atau tidak pasti bagaimana nak bermula, saya akan ulas tentang kekuatan untuk bermula (item 2 diatas), tetapi jika anda masih belum ada arah tuju dan matlamat (sila hubungi saya), maka anda berada dalam keadaan yg belum bermula langsung.

Kekuatan untuk bermula; beberapa sebab menyebabkan anda tidak bermula atau menangguhkan untuk bermula, antara sebab-sebabnya ialah :

  • Matlamat jelas tetapi tak tahu cara nak bermula
  • Tahu cara, tapi tak tahu bagaimana nak membuatnya

Sebagai contoh, anda tidak pernah pergi ke negeri Perlis. Anda ingin pergi kesana, kerana ada tempat-tempat menarik seperti Pekan Padang Besar (untuk shopping barangan murah), ada Taman Ular (ada lebih dari 1000 spesis ular dll. Tapi bagaimana nak kesana ??

Antara caranya (Rancang Perjalanan Anda) :
  • Lihat Peta Malaysia (lihat skala berapa jauh perjalanan)
  • Lihat maklumat di Internet (Banyak ruangan ‘maklumat pelancongan’ tentang tambang, harga hotel, homestay, dll)
  • Atau pergi ke mana-mana ‘Tourist Information Center’. Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk mempromosi pelancungan dalam negeri
  • Pergi ke bas station/keretapi/kapalterbang, Tanya berapa tambang kesana.
  • Buat bajet perbelanjaan mengikut berapa hari anda nak kesana.
  • Simpan wang untuk pergi kesana dengan cara simpanan bulanan g
  • Berbincang dengan rakan/keluarga untuk pergi bersama.
  • Cari kawan-kawan orang Perlis atau orang yg pernah pergi ke Perlis, dan bertanya. i
  • Putuskan bila anda akan kesana (musim cuti sekolah atau ‘off peak season’)
  • Buat tempahan hotel
  • Buat tempahan tiket (bas, keretapi,kapal terbang dll)
  • Atau tempahan kereta kawan anda
  • Bersiap sedia (packing) 2-3 hari sebelum tarikh perjalanan anda
  • Bergerak pada hari yg ditetapkan (jika anda membuat semua item diatas tapi tidak bergerak pada hari tersebut, maka…..)
  • ‘Enjoy’ perjalanan anda
  • Lihat apa yg ada dalam perjalanan anda, bukan sekadar melihat bila dah sampai ke Perlis
  • Catit apa yg perlu untuk dikongsikan bersama dengan orang lain
  • Cari kawan baru dalam perjalanan anda (samada didalam perjalanan atau semasa berada di Perlis atau dalam perjalanan pulang)
  • Bila pulang, baiki apa-apa kelemahan dalam anda melalui perjalanan/percutian anda.
  • Rancang untuk perjalanan/percutian lain pula

Ini adalah contoh perancangan untuk bermula sesuatu aktiviti. Begitu jugalah perancangan berniaga anda(kehidupan anda). Mungkin anda boleh membuat perancangan melancung seperti diatas (walaupun ramai juga yg tak boleh merancangnya), tetapi bagaimana merancang niaga anda ?

Ia mungkin dilihat susah tetapi caranya adalah lebih kurang seperti diatas. Cuma tak ramai yg berani membuatnya kerana halangan fikiran (was-was dari Syaitan) :
  • Perniagaan bukan budaya Melayu
  • Perniagaan dikatakan ‘risiko’ tinggi
  • Perniagaan susah (pendapatan tidak tetap dan tidak pasti)
  • Perniagaan untuk orang yg tak berkelulusan
  • Perniagaan untuk keluarga yg berniaga
  • Perniagaan memerlukan modal yg banyak
  • Perniagaan akan membuatkan seseorang lupa Ibadah.(Bila berniaga akan kaya, bila kaya tak bahagia, akan lupa isteri/suami, atau akan kahwin 2/3/4, akan tak ada masa dengan anak-anak, akan tamak, akan,akan,akan……)

Semua diatas adalah pandangan ‘budaya’ Melayu atau ‘budaya nenek moyang’. Jadi bagaimana nak merancang dan membuat perniagaan ?? Caranya ada persamaan dengan cara anda melancong seperti diatas.

Antara cara-caranya adalah seperti berikut :
  • Anda berfikir seperti orang berniaga
  • Anda berkawan-kawan dengan orang yg berniaga
  • Anda mencari pasangan hidup dari golonga yg ada terlibat dengan berniaga (keluarganya berniaga, sedaranya , kawan-kawannya berniaga dll)
  • Anda makan seperti orang berniaga
  • Anda kerja seperti orang berniaga
  • Anda join kelab orang berniaga
  • Pergi seminar orang yg berniaga
  • Baca buku-buku orang pengalaman berniaga
  • Jumpa orang yg berniaga selalu dan berbincang tentang pengalamannya, minta pandangan mereka tentang perancangan dan aktiviti anda
  • Anda melakukan aktiviti sepertimana orang yg berniaga
  • Anda pergi ke tempat-tempat orang berniaga Insyallah, anda boleh berniaga.

Namun, disebalik perancangan dan perbuatan diatas, namun ada cabarannya, mana ada bumi tidak ditimpa hujan, mana ada bumi tak dipukul ribut taufan, mana ada mentari 24 jam, mana ada bulan disiang hari, mana ada bumi yg semua tanahnya subur, mana ada pokok yg semuanya berbuah, mana ada laut yg tak bergelombang, mana ada manusia tidak tidur. Ini adalah tabiat alam dan hukum Tuhan. Setiap manusia akan menempuh cabaran.

Cabaran untuk menguatkan sendinya, cabaran untuk menguatkan tulang belakangnya, cabaran untuk proses kematangan, cabaran untuk proses pembaikan, cabaran untuk proses kesabaran, cabaran untuk proses membuang kesombongan, cabaran untuk mengurus hawa-nafsu, cabaran untuk terus berjuang, cabaran untuk Berjaya, cabaran untuk menerima kejayaan, cabaran untuk menangung kejayaan, cabaran untuk lebih Berjaya, cabaran untuk menghadapi kegagalan, cabaran untuk istiqamah dsbnya.

CABARANNYA ;

  • Anda dah pergi berbagai-bagai seminar dan kursus
  • Dah pergi berbagai-bagai ekspo
  • Dah jumpa beberapa orang berniaga
  • Dah baca macam-macam buku berniaga
  • Baru berniaga
  • Dah pun berniaga 5 tahun
  • Dah tukar beberapa jenis perniagaan
  • Atau dah berniaga 20 tahun.

Semua anda dah lalui seperti diatas, tapi anda belum bermula….atau bermula, tetapi hilang arah, bermula tapi belum Berjaya, bermula tapi Berjaya sedikit, bermula tapi dah Berjaya banyak, bermula Berjaya dan gagal, bermula Berjaya gagal bermula semula dll.

Apakah persoalan dan rahsianya ??? Suatu tajuk yg luas dan jawapan untup persoalan diatas adalah antara langit dan bumi, bergantung pada keadaan masing-masing. Saya tidak dapat menyatakan semua disini, boleh hubungi saya di email dsbnya untuk menjawab persoalan tersebut (tapi bergantung pada ukuran pengalaman saya juga, tidak semua soalan boleh/mampu dijawab)

Letakkan titik atau noktah mula dengan menyebut Nama Allah. Bermulalah Dengan Nama Allah dan bersama-sama Allah; Bismillahirahmanirahim dan Iqra bisimikalazi khalaq

Selamat berfikir, mencuba dan berusaha.

Friday, December 18, 2009

MENCARI FATAMORGANA

MENCARI ATAU MEMBINA SESUATU

Pernahkah anda berada dipadang pasir atau diatas jalan raya diwaktu tengahari yg panas terik ? Anda akan kelihatan seperti permukaan air/tasik. Atau pernah mendengar peribahasa Inggeris ‘the grass on other people lawn is always green’.
Hal ini adalah berkaitan tabiat manusia untuk mencari sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan. Mencari ilmu atau membuat sesuatu yg lebih baik memang menjadi tuntutan Agama. Mencari dan belajar ilmu satu perkara dan mencari jalan terbaik untuk beramal satu hal lagi.

Doa bermaksud : Ya Allah berikanlah aku supaya sentiasa berzikir kepadaMu, bersyukur atas nikmatMu, dan menunjukkan jalan terbaik untuk beribadah (beramal) dengan ajaranMu.

Tidak ada isteri yg lebih baik dari Isteri anda sekarang, tidak ada anak yg lebih baik dari anak anda sekarang, juga kawan-kawan, rakan kongsi syarikat, pekerja, pelanggan, business dsbnya. Ia adalah kurniaan Allah iaitu ‘kurniaan semasa’ anda. Bersyukurlah dengan apa yg ada sekarang…isunya anda ingin menambah besar penguasaan anda.

Nak tambah isteri, tambah anak, tambah kawan-kawan, tambah perniagaan dsbnya. Isu tambah ini, saya ada satu cerita dari ‘ustadz’ saya; Katanya jangan jadi seperti ‘kera menangkap belalang’, kera bila menagkap belalang, yg seekor pertama di masukkan kedalam mulut,yg kedua di bawah ketiak kanan, ketiga dibawah ketiak kiri, keempat didalam tangan kiri, kelima didalam tangan kanak, selepas itu nak ditangkap yg keenam !!! dibawah ketiak kanan akan terlepas, ditangan kanan akan terlepas dsbnya…

Mencari sesuatu ibarat ‘fatamorgana’ dipadang pasir. Anda tidak akan menjumpainya sehingga mati. Orang yg hebat akan bersama orang-orang yg hebat, orang yg tidak hebat akan bersama orang-orang yg tidak hebat. Pepatah inggeris “ Birds with the same feather flog together’. Jika anda tidak hebat, tidak boleh berkawan/bersama dengan orang yg hebat, ini adalah fitrah manusia, jadi bagaimana menjadi hebat ? Mencari isteri hebat, mencari anak-anak hebat, mencari rakan kongsi hebat, mencari perniagaan hebat (untung) adalah ‘fatamorgana’.

Jadi….Anda perlu ‘membina’ mereka untuk menjadi hebat. Ia adalah ‘amanah’ dan 'redzeki semasa' atas anda untuk menjadikan mereka hebat. Saya sudah mencari orang hebat selama 25 tahun, rupa-rupanya tidak ada orang hebat seperti yg dimaksudkan, yg ada ialah bagaimana ‘anda merasakan mereka hebat’ dan bagaimana ‘membina’ mereka supaya menjadi orang ‘hebat’ dan saya juga telah berjumpa dengan beberapa ‘orang hebat’, mereka boleh memberikan anda inspirasi, tapi bila pulang anda mesti juga ‘buat sendiri’ apa-apa panduan yg diberi. Jika tak dibuat mereka tidak boleh menolong anda jua.

Bagaimana membina yg semua diatas:
  • Membina diri anda supaya hebat
  • Membina ramai orang hebat seperti anda (contoh itek bertelor emas)
  • Mengimpikan
  • Merancang
  • Mengurus
  • Bekerja/beramal
  • Membina pengganti anda
  • Membaiki

Insyallah, akan di sambung.

Monday, December 14, 2009

GRAVITI

GRAVITI g = 9.81 m/s2 = 32.2 ft/s2

Sunnah Allah menjadikan gravity sebagai pegangan pada sesuatu tempat dan usha yg gigih diperlukan untuk bergerak keatas sehigga keluar dari kawasan tarikan gravity bumi (angkasa lepas). Selagi kita berada dikawasan tarikan gravity ini, setiap pergerakan keatas memerlukan suatu kekuatan tenaga yg berkadar dengan berat objek tersebut berbanding dengan gravity. Melainkan anda sudah berada diluar tarikan ‘gravity’, perniagaan anda akan mudah untuk berkembang.

Berada pada sesuatu tahap (maintaining) juga memerlukan tenaga, walaupun dilihat kita tidak bergerak maju keatas. Tanpa tenaga ‘maintain’ kita akan jatuh kebawah juga.

Begitu juga dalam berniaga/hidup. Untuk ‘maintain’ kita memerlukan tenaga sebesar keadaan semasa, untuk maju/naik keatas kita memerlukan kekuatan tenaga lebihan berkadar dengan hajat yg hendak kita capai.

Perkara ini selalunya dipandang ringan oleh peniaga.

1. Untuk ‘maintain’ ditahap sekarang

2. Untuk maju kehadapan/keatas.

Perinciannya;

1. Untuk ‘maintain’ ditahap sekarang

Walaupun disebut ‘maintain’, tapi ia memerlukan kekuatan/tenaga juga, ini dipandang ringan oleh peniaga kita. Kebanyakan terlupa isu ‘maintain’ ini, tetapi ‘gravity’ tidak lupa kerjanya, ia selalu ada disana. Sesiapa yg lalai dengan ‘gravity’ ini ia akan jatuh, Cuma kita tidak sedar ia jatuh, hingga terasa sakit, atau bila dah tak ada tunai nak bayar gaji, bil-bil, bayar pembekal dsbnya.

Untuk ‘maintain’ juga perlu tenaga, perlu strategi, perlu innovasi dll kerana dunia berubah. Manusia berubah, kemahuan berubah, citarasa berubah, Cuma bagaimana anda nak lihat perubahan ini dan membuat innovasi untuk memenuhi kehendak pelanggan anda.

Contoh untuk ‘maintain’ perniagaan anda ;

a. Lihat ‘efficiency’ pengeluaran anda.

Kebanyakan peniaga ingin menambahkan jualan/production untuk menambahkan pendapatan. Menambahkan jualan/production sebenarnya menambahkan kos juga. Susana ini tidak akan habis, barang mentah bertambah, pekerja bertambah dan kos lain juga bertambah,dan anda juga tak cukup masa untuk buat ‘development’ kerana sebok mengerus pertambahan tersebut.

Bagaimana meningkatkan ‘efficiency’:

· Latih diri anda dan pekerja supaya mahir bukan menambah pekerja baru, lebih baik menaikkan ‘imbuhan’ kepada anda atau pekerja anda dengan peningkatan kemahirannya.(hadiri kursus atau latihan dalaman syarikat)

· Cari cara/kaedah terbaik untuk membuat sesuatu kerja, cuba tukar kaedah baru

· Ganti ‘tools’ yg telah lama kepada teknoloji semasa

· Dari membuat banyak perkara ‘inhouse’ cuba kaedah ‘outsourcing’, ambil ‘core’ product sahaja dalam ‘production’ anda.

Malangnya kebanyakan peniaga suka menambah ‘tools’ yg tidak meningkatkan produktiviti, seperti kereta baru, uniform baru, pejabat baru dsbnya (unsur ‘makeup’ ) dan tidak mementingkan ‘tools’ yg meningkatkan ‘produktiviti’ niaga.

b. Kurangkan kos

Pengurangan kos bukan pengurangan kualiti. Pelanggan tidak akan bertolak ansur dengan kualiti. Antara cara pengurangan kos:

· Cari bahan mentah baru anda dengan cara penyelidikan teknoloji moden

· Cari mesin/kaedah baru yg mempercepatkan ‘production’ anda. Pengurangan masa akan mengurangkan kos.

· Kurangkan kos masa dan masa menunggu

· Kurangkan ‘defect’ atau buat kerja 2 kali atau berkali-kali. Contohnya dalam kerja ‘construction’, jika membuat kesalahan pertama anda akan rugi 4 kali. Kali pertama satu kos, memecahkan apabila siap dipasang satu kos, membina semula satu kos, imej satu kos dan kelewatan satu kos (sudah 5 kali kos yg sepatutnya satu kos sahaja). Oleh itu perancangan teliti perlu dibuat sebelum memulakan sesuatu kerja/tugas.

· Teliti dengan kos kewangan anda. Bandingkan antara kos menggunakan pinjaman dengan kos barangan kredit dari pembekal

Dengan sedikit pengurangan disana-sini (semua diatas), walaupun dapat 5% setiap item anda mungkin dapat meningkatkan 15-20% produktiviti anda berbandingkan anda menambah kuantiti kerja (volume turn-over), lebih baik meningkatkan kualiti kerja (efficiency)

Kedua-dua kaedah diatas dinamakan ‘development’ dalam syarikat. ‘Development’ meliputi kerja-kerja pembaikan fizikal, mental dan ruh didalam perjalanan sesuatu syarikat. Development bukan sekadar menambah produk, mencari business baru dsbnya, tetapi juga untuk ‘maintain’ tarikan ‘graviti’ memerlukan pembaikan ‘manusia’, kerana manusialah yg menjalankan perniagaan/syarikat tersebut.

Banyak kes-kes lupa pada ‘gravity’ ini menyebabkan ramai peniaga kita jatuh, kerana mengambil ringan ‘gravity’ yg tidak berehat/tidur. Jagalah semua kos perniagaan anda, fitrahnya kos perniagaan meningkat, harga jualan tidak meningkat kerana persaingan. Kos perniagaan meningkat; Keperluan anda meningkat, mula belum kahwin, dah kawin, satu anak, dua anak, nak beli rumah kecil, meningkat rumah besar, kereta kecil kepada kereta besar, gaji dan bonus pekerja juga perlu dinaikkan setiap tahun,dll.

2. Untuk maju kehadapan/keatas.

Untuk maju kehadapan/keatas, anda memerlukan berkali-kali kekuatan yg sedia-ada, mungkin satu kali, dua kali dsbnya bergantung kepada sejauh mana tahap naik yg diinginkan.

Untuk mengembangkan perniagaan perlu perancangan yg teliti. Kajian dan pengalaman menunjukkan ramai yg jatuh dalam perniagaan setelah ‘diversify’ perniagaan atau semasa membesarkan perniagaan. Oleh itu dalam membesarkan perniagaan anda perlu :

a. Mengembangkan perniagaan sediada; Dengan menambah kapasiti pengeluaran/jualan (turn-over). Pekerja mesti ditambah, modal bertambah, mesin bertambah, peralatan sokongan betambah dll. Imbangkan pertambahan ini mengikut kekuatan semasa diri anda dan syarikat anda.

Pertambahan tabii selalunya dalam lingkungan 20-50%, boleh juga ditambah 100% dengan berbagai strategi.

b. Ambilan modal dari perniagaan sedia-ada untuk dilaburkan kepada perniagaan baru supaya tidak menjejaskan perniagaan asal/semasa

c. Konsep Pelaburan mesti betul. Iaitu diambil dari lebihan perniagaan bukan membuatkan ‘cash-flow’ anda tertekan. Anggap pelaburan anda boleh rugi/hilang, tetapi perniagaan semasa anda tidak boleh rugi/hilang. Sebelum melabur mesti ada wang simpanan (minimum setahun untuk kos asas perniagaan anda).

d. Mesti ada pakar dalam perniagaan baru yg nak diceburi, tetapi jangan terlalu mengharap pada pakar luaran sahaja(orang lain). Anda membina perniagaan anda dari satu, dua dsbnya, bagaimana orang baru (pakar tetsebut) boleh memajukan perniagaan baru anda dengan segera(jika dia dah boleh berniaga, dia akan buat sendiri perniagaan tersebut) ianya juga akan mengambil masa anda dan syarikat anda untuk menjayakan perniagaan baru tersebut. Proses membina perniagaan baru juga mengambil masa 5-10 tahun, jadi apa tahap ketahanan anda dalam jangkamasa tersebut.