‘ Wahai orang yg beriman, mahukah Aku tunjukkan satu perniagaan yg menyelamatkan kamu dari azab yg pedih ? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjihad dijalan Allah (membela dan menegakkan agama Allah) dengan harta dan diri kamu. Yang demikian itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat yg sebenarnya). Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam taman-taman syurga yg mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu ditempat tinggal yg baik didalam syurga A’dn. Itulah kemenangan yg besar. Ada lagi limpah kurnia yg kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yg hampir tiba. Sampaikanlah berita yg menggembirakan itu kepada orang yg beriman’. As Saff 10-13
Juga Firman Allah bermaksud:
‘Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yg beriman akan jiwa mereka dan harta mereka akan ganjaran syurga’. At Taubah 111.
Maksud kehidupan kita adalah perniagaan;
- Kita sedang berurusan (bermuamalah) dengan Allah dalam setiap aktiviti hidup
- Bermuamalah mesti mempunyai dua pihak. Contoh urusan jual-beli, mesti ada penjual dan pembelinya.Jadi kita berurusan dengan Allah SWT.
- Kedua pihak mesti ada barangan untuk dijual beli. Jadi kita mesti ada barangan iaitu segala amal soleh yg dilakukan
- Mesti ada akad ( ijab-kabul), kedua-dua pihak bersetuju untuk bermuamalah.Setuju dengan rela, reda, suka, puas hati atas barangan, barang yg dijual baik kualitinya, memang barang yg diperlukan. Penjual mempunyai barangan tersebut dan menjualnya. Pembeli mengkhendaki barang tersebut dan membelinya dengan puas hati, seronok.
- Tidak ada unsur penipuan dalam menjual dan membeli. Berhati-hati dengan jual-beli 'penipuan' dengan Allah, iaitu niat yg salah, ria, takabur, dan jual beli yg 'haram' seperti jual beli arak dan babi, contohnya ialah membuat amalan yg diharamkan oleh syarak.
- Memudahkan urusan berjual-beli
- Ada jual beli secara pembayaran tunai dan tertangguh. Contoh pembelian tunai ialah zikrullah dan segala amal perbuatan semasa. Jual beli tangguh seperti haji (di mulai dengan niat, buka akaun di Tabung Haji, tiap-tiap bulan simpan wang, bila hampir cukup wang pergi daftar nak naik Haji dll) note: Jangan berhutang dengan Allah dalam hal haji ni...Juga contoh urusan jual-beli yg belum selesai seperti hutang dalam jual-beli anda. Hutang mesti dibayar, jika dia meninggal maka warisnya perlu membayar hutang tersebut, hutang mesti diselesikan sebelum harta-hartanya dibahagikan kepada waris-waris. Sebab itu orang yg mati syahid juga tidak terlepas dari urusan hutang didunia.
- Berjual beli dengan sifat Ikhsan.Ibadah dan amalan dengan Allah juga bersifat demikian.