Tip asas untuk memulakan perniagaan (perniagaan separuh-masa):
Sebelum anda membuka perniagaan, langkah awal yg perlu dilakukan adalah dengan cara mendapat maklumat sebanyak mungkin tentang perniagaan tersebut.(Kelebihan produk yg hendak dijual, siapa pembuatnya, kadar pengeluaran dan kualitinya, adakah anda boleh mendapat kredit, penghantaran, pasaran anda, tempat berniaga, modal, persaingan, bentuk promosi dll).
Dan anda juga hendaklah mempunyai ciri-ciri asas sebagai peniaga, Ianya adalah:
Penampilan yg betul akan memberi 60% keyakinan orang lain tentang niat dan hajat anda. Selebihnya adalah faktor-faktor ilmu tentang produk, system perniagaan, pasaran, pengalaman syarikat dll.
- Adakah anda bekerja dalam pasaran yang besar? Contoh; kawasan komplek/pejabat yg mempunyai ramai orang
- Adakah anda ada masa rehat yg panjang atau boleh balik lewat dari pejabat (ini untuk mengelak anda menggunakan masa dan peralatan pejabat; ianya haram jika anda mengggunakan hak orang lain dalam perniagaan anda, kecuali majikan anda memberi izin.)
- Atau anda berada dalam kawasan kejiranan yg ramai.(untuk suri-rumah)
- Cari jenis produk seperti MLM (pilih yg mengikut syarak) atau produk kegunaan harian/rumah seperti makanan, pakaian, cadar, tuala, buku, dsbnya.
- Hadir kursus perniagaan asas atau program yg disertakan oleh MLM dll
- Terus berkerja mengikut plan perniagaan anda
- Cara pertama: Dengan bekerja dengan orang lain untuk mendapat pengalaman. Anda mesti bertekat kuat bahawa bekerja itu hanya untuk mendapat semua pengalaman dalam rangka untuk membuka perniagaan sendiri. Berilah sasaran masa 5 tahun untuk belajar. Belajarlah dengan sekuat tenaga dari majikan anda itu dan bina rangkaian perniagaan anda disitu (dgn cara mengenali pengguna, pembekal, system, harga barang, kos-kos yg terlibat dll). Bekerja dan menguruslah disyarikat tersebut seperti syarikat anda sendiri, dengan mempunyai niat dan azam yg kuat, sikap ini akan menyerlah dan membuatkan pelanggan dan juga majikan anda akan tertarik kepada anda, sebenarnya anda sedang membina ‘imej diri anda’ untuk keperluan masa depan.Dalam kes ini anda disaran untuk bekerja dengan syarikat kecil atau sederhana,kerana saiz syarikat ini akan mendorong majikan anda untuk membuat banyak perkara,jadi anda dapat belajar seluruh skop perniagaan tersebut. Jikalau anda bekerjadengan syarikat besar, anda akan duduk di satu bahagian sahaja, dan tidak dapatmengetahui banyak perkara, juga mungkin anda akan merasa selesa dan semangatuntuk berniaga akan hilang
- Cara kedua; Perniagaan ‘franchise’. Banyak syarikat franchise yg ingin mengembangkan perniagaannya, anda boleh mendapat maklumat di Kementerian Pembangunan Ushawan, MARA, PUNB, atau terus kesyarikat francise seperti kedai dobi, makanan sejuk beku,gerai burger dll untuk menyertai program mereka.
- Cari peluang-peluang yg ditaja oleh kelab-kelab, kerajaan dll dan mengikuti kursus- kursus mereka dan juga mungkin ada pakej kewangan yg ditawarkan. ( Maklumat: kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk skim siswazah berniaga, tetapi yg mengambil peluang amat sedikit)
- Cari bidang atau bentuk perniagaan yg sesuai dengan kelulusan dan minat anda. Cuba mencari bidang yg ‘neach’ dan special. Contohnya anda mempunyai kelulusan ‘Degree’, cuba elakkan bidang yg boleh dimasuki oleh candidate SPM, sijil IKM, Giatmara dsb, kerana anda akan bersaing dalam medan yg ramai orang ataupun anda tidak boleh bersaing kos dengan mereka.
- Cari ‘mentor’, orang yg telah Berjaya dalam perniagaan tersebut. Orang yg Berjaya tidak akan kedekut ilmu, Insyallah dia akan membimbing anda.
- Cari syarikat atau individu yg memerlukan rakan kongsi.Tetapi dalam kes ini, anda mestilah mempunyai kepakaran tertentu (peringkat mahir), ramai pelabur atau 'sleeping partner' yg ingin bekerjasama dengan tenaga pakar seperti anda. Anda perlu menyediakan ‘plan perniagaan’ untuk memulakan perbincangan dengan mereka.
Sebelum anda membuka perniagaan, langkah awal yg perlu dilakukan adalah dengan cara mendapat maklumat sebanyak mungkin tentang perniagaan tersebut.(Kelebihan produk yg hendak dijual, siapa pembuatnya, kadar pengeluaran dan kualitinya, adakah anda boleh mendapat kredit, penghantaran, pasaran anda, tempat berniaga, modal, persaingan, bentuk promosi dll).
Dan anda juga hendaklah mempunyai ciri-ciri asas sebagai peniaga, Ianya adalah:
- Berniat dengan betul, kenapa anda hendak berniaga.(Niatlah kerana Allah dan kerana nak mengikuti sunnah, niat yg betul akan terus dicatitkan oleh Allah sebagai amal soleh).
- Berkeyakinan (yakin dengan diri sendiri, yakin dengan janji Allah; 9/10 redzeki adalah dalam bidang perniagaan)
- Benar, tepati janji dan beramanah
- Bersifat ‘izzah’ dan berani
- Kemas dalam penampilan(dalam berpakaian, perbincangan, pembentangan produk)
- Rajin dan bersungguh dalam semua aktiviti.
- Survival (menyatakan pada diri anda bahawa anda tiada pilihan lain untuk hidup, berjaya dan kaya, melainkan cara ini sahaja. Banyak pilihan membuatkan anda hilang fokus, berbelah bagi dan cepat menukar jenis perniagaan atau terus cari kerja). Kebanyakan kaum yg survival Berjaya dalam hidup dan perniagaan, seperti kaum China di Malaysia, Kaum Melayu di South Afrika, kaum Indonesia diMekah dll)
- Sabar dan tabah dengan ‘kata-kata’ orang lain terutama keluarga terdekat anda.
- Tawakkal dan berdoa kepada Allah kerana Dialah yg maha Tahu tentang urusan anda.
Penampilan yg betul akan memberi 60% keyakinan orang lain tentang niat dan hajat anda. Selebihnya adalah faktor-faktor ilmu tentang produk, system perniagaan, pasaran, pengalaman syarikat dll.
No comments:
Post a Comment