Saturday, November 21, 2009

CABARAN SIKAP, 'CHARACTER' DAN PERANGAI

Cabaran sikap dan ‘old character’ selalu memberi cabaran dalam membina perniagaan. Antara sifat yg mencabar ialah ‘kita orang lain’ bila menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Maksudnya‘kita orang lain’ ialah ; Contohnya, rakyat Malaysia adalah antara rakyat Asia yg paling bersopan santun, tapi bila memandu dijalan raya, merekalah orang yg memandu macam di litar lumba F1. Statistik kemalangan terutama dimusim perayaan adalah lebih tinggi dari umat Palestin yg dibom Yahudi.

Ramai yg telah menceburkan diri dalam perniagaan telah hilang sifat asalnya. Pegawai yg hebat , hilang hebatnya. 'dr' yg berniaga hilang 'dr'nya, bagi ‘ustadz’ yg berniaga, ramai juga yg hilang ustadznya, bagi pendakwah yg berniaga, juga amalannya lain dari apa yg didakwahkannya. Inilah maksud ‘kita orang’ lain apabila menjalankan perniagaan. Janji tinggal janji, Cakap benar entah kemana, Amanah dikhianati, hutang…dll. Alasannya ialah ‘darurat’, strategi, tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah,dll. Lama- kelamaan dihanyutkan arus kelalaian dan matlamat perniagaan untuk memakmurkan Ekonomi Islam menjadi matlamat lain dan matlamat 'orang lain'. (Maaf, ini hanya contoh realiti, masih ramai juga yg Berjaya mengamalkan cara perniagaan Islam).

Bagaimana nak menjadikan ‘kita adalah diri kita’ dalam perniagaan? :

  • Niat berniaga kerana Allah dan untuk mengembangkan syariat Islam (melalui cara berniaga)
  • Belajar dan yakin dengan ilmu-ilmu perniagaan.
  • Belajar, yakin dan bekerja dengan hukum-hukum Muamalat.Beramal dengan Islam dan akhlak-akhlak perniagaanYakin dengan cara hidup Islam dan akhlak Islam
  • Bersama-sama dengan golongan yg berniaga/bekerja untuk Islam (mintalah nasihat mereka)
  • Bersabar dan Istiqamah dengan Islam. Jalan perniagaan mempunyai banyak cabaran. Cabaran masa susah, cabaran semasa perniagaan sedang meningkat dan cabaran semasa berjaya/kaya.
  • Mujahadah. Bekerja/berniaga bersungguh-sungguh dan membaiki kepada yg lebih baik
  • Berdoa dengan Allah untuk menunjukkan jalan yg lurus, tidak yg dapat memberi petunjuk melainkan Allah jua. Manusia hanya menunjukkan jalan zahir, Hanya Allah yg menunjukkan jalan yg kita tidak nampak(jalan bathin.)


Wallahu aklam.

No comments:

Post a Comment