Wednesday, November 18, 2009

ADA HASIL KE TAK DE HASIL ?

MANUSIA MELIHAT DAN MENILAI HASIL tapi ALLAH MELIHAT AMAL SALEH

Rata-rata manusia ingin melihat hasil atau kejayaan. Untuk mendapat hasil atau kejayaan maka juga perlu ada perbuatan dan juga percakapan,’walk the talk’. Maka Islam menceritakan tentang unsur-unsur utama untuk berjaya:

a. Berilmu

b. Beriman (yakin dengan ilmu yg dipelajari)

c. Beramal ( mengerjakan ilmu yg diyakini)

d. Beramal bersungguh-sungguh

e. Memperbaiki amal (correction and development)

f. Amal ketahap Ikhsan

Manusia terbiasa melihat kepada hasil atau amal perbuatan yg berjaya, kerana banyak juga perbuatan (amal) yg belum lagi berjaya mendapat hasil walaupun dilakukan oleh seseorang. Tetapi inilah kelebihan Islam, Allah yg sifatNYa Pemurah, Penyayang, Pengasihani, Pemberi, Penguasa, Penentukan, maka Ia adalah amat Adil dengan memberikan ganjaran bermula dengan niat lagi sehingga ganjaran menuntut ilmu, beriman (yakin dengan Ilmu) dan beramal, walaupun amal yg belum ada hasil sekarang(dengan syarat amal yg tidak syubahah dan haram), Allah akan memberi ganjarannya pada masa yg telah ditentukanNya dan jikalau tidak dunia pasti akan mendapatnya diakhirat. Walaupun manusia kebanyakannya tidak sabar ingin melihat hasil.

Tetapi sunnahNya, bila anda membuat kerja mengikut cara-cara dan langkah seperti orang yg Berjaya, insyallah anda juga akan Berjaya kelak. Cabarannya ialah, ‘anda tahu ciri-ciri untuk Berjaya’, Cuma bagaimana nak mengamalkan ciri-ciri tersebut kerana banyak halangannya berbalik kepada isu ‘kebiasaan perangai’ .

Ciri-ciri untuk Berjaya :

a. Berfikir seperti orang Berjaya

b. Bekerja seperti orang Berjaya

c. Bersama-sama/berkawan dgn orang yg Berjaya

d. Mengambil pandangan dan pengalaman orang yg Berjaya.

e. Juga, mengambil pelajaran dari orang yg tidak Berjaya.(atau org Berjaya kemudian gagal)

jika anda mengamalkan ciri-ciri diatas, Insyallah anda akan berjaya. Apakah lojiknya anda akan berjaya jikalau tidak ada perkara-perkara diatas. Contohnya banyak orang yg Berjaya walaupun asal dari keluarga kurang berjaya tetapi tidak semesti anda berjaya jikalau anda datang dari keluarga berjaya. Ianya bergantung pada diri anda sendiri untuk membina kejayaan tersebut, ianya tidak boleh diwarisi kerana ia bukan hanya sebuah kitab atau buku yg boleh dipindah milik tetapi ia adalah berbentuk amalan yg mesti ditempuhi sepanjang proses membina kejayaan tersebut.

Tidak ada jalan pintas untuk Berjaya/kaya:

Banyak rakyat Malaysia yang ingin menambah pendapatan atau mencari pendapatan sampingan, tetapi tidak mendapat cara, kaedah atau pandangan dari sumber yg betul. Antaranya perniagaan MLM, ‘berjenis-jenis skim cepat kaya’, pelaburan dsbnya. Berbagai golongan menyertainya dari segenap lapisan hingga ‘orang-orang terpelajar’ dan orang ternama. (Malahan Lembaga Tabung Haji juga pernah terlibat dalam skim ini dan kerugian berjuta ringgit). Tetapi ramai tidak tampil kehadapan kerana malu untuk menasihati jenerasi hadapan, jadi kita akan terus mengulangi kesilapan tersebut. Juga kerana sifat tamak atau ingin cepat kaya, hingga kawan saya mengatakan jenis perniagaan ini ialah‘ for greedy people”.

Sedikit komentar tentang bagaimana nak jadi orang kaya (cerita-cerita dari motivator) :

a. Ibu-bapa kita mewariskan harta (bapa orang dah kaya)

b. Berkahwin dengan orang kaya

c. Bermain lottery (maaf, tapi ramai orang melayu terlibat)

d. Merompak bank atau mengambil rasuah.

e. Ada jutawan nak berikan/mewariskan hartanya pada anda

f. Berusaha dengan berniaga untuk jadi kaya.

· Bersyukur jika anda ada peluang a dan b diatas

· Minta dijauhkan item c dan d

· Item e, selalu juga orang kena tipu(dlm internet) akhirnya dia ambil duit kita.

· Tidak ada cara lain melainkan dengan berusaha dengan cara perniagaan.

Jadi, tidak ada cara lain atau jalan pintas untuk Berjaya/kaya. Perlu ada ‘dream’/impian, merancang, bekerja keras, bekerja pantas, membaiki kerja hingga ketahap mahir, membina rangkaian pengguna, jaringan niaga, innovasi produk, mengembangkan perniagaan, mengurus kewangan, disiplin dll.

Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Kerasulan dan kenabian itu telah terputus, maka tidak ada rasul dan nabi setelah aku’. Anas berkata, ‘Hal ini menggundahkan orang-orang’. Beliau bersabda, ‘Namun khabar gembira akan tetap lahir,’ Para sahabat bertanya,’Wahai Rasulullah, apakah khabar gembira itu ?’ Beliau menjawab, ‘Impian seorang muslim. Impian itu merupakan salah satu bahagian dari kenabian’.- HR Ahmad.

Sama-samalah kita amalkan

No comments:

Post a Comment