Saturday, November 14, 2009

PERNIAGAAN ADALAH SATU KEHIDUPAN

Merancang Perniagaan

Perancangan adalah satu komponen penting dalam dunia perniagaan. Samada perniagaan itu kecil atau besar. Tetapi perancangan mempunyai banyak fasa dan peringkat. Sebelum saya mengulas terperinci berkenaan perancangan, suka saya memberi andaian seperti berikut:

Ibarat anda hendak mendirikan sebuah rumah, mesti anda terfikir dan membuat imaginasi bagaimana bentuk rumah tersebut (dream), membawa kereta bersiar-siar melihat rumah-rumah yg dah siap dibeberapa tempat, meminta izin masuk kedalam rumah tersebut, melihat bilik-biliknya, bahan buatan didalamnya, mungkin anda boleh melakar reka-bentuk ruang dalamannya dll.

Juga anda bertanya tuan rumah, berapa kos rumah tersebut, siapa yang merekabentuknya, siapa kontraktornya, dsb.

Ini adalah contoh dalam kehidupan seharian kita, bagaimana kita mengimiginasi, merancang dan membuat sesuatu perkara.

Begitu juga Perancangan dalam perniagaan. Anda hendaklah melakukan seperti contoh diatas. Tetapi ramai yang masuk dalam dunia perniagaan tidak melakukan perancangan teliti, tidak bertanya orang yg mahir, tidak pernah terlibat dalam bidang tersebut, cuma ada semangat dan keberanian. Dalam Al Quran ada berkata " Jika kamu tak tahu maka tanyalah orang yg tahu".

Dalam AlQuran tidak pernah menceritakan bagaimana nak jual roti canai, bagaimana nak buat rumah, bagaimana nak mengembangkan perniagaan, tapi semuanya berbalik kepada ayat diatas. Semua yg kita lakukan adalah melalui pengalaman lalu dan pembelajaran dan inovasi dilakukan oleh setiap orang.

Malu (orang utara cakap 'segan') bertanya adalah sindrom manusia biasa, kerana takut dikatakan orang bahawa kita tidak tahu, Ini menyebabkan kita tidak tahu hingga bila-bila. Biar kita belajar sekali(bertanya sekali) dan orang mengatakan kita tidak tahu, tapi selepas itu kita akan tahu hingga mati. Jikalau sindrom ini kita boleh amalkan, Insyallah umat kita akan cepat belajar dan maju. Sikap macam serba tahu dan' tunjuk maco' inilah sindrom manusia biasa yg menyebabkan kerja tak efisien, buat silap dan merugikan syarikat dan diri sendiri.

Perancangan dalam perniagaan adalah tajuk yg amat luas:
  1. Perancangan memulakan perniagaan
  2. Perancangan operasi perniagaan
  3. Perancangan membesarkan perniagaan
  4. Perancangan 'diversify' perniagaan.
Maksud 'Perniagaan ialah satu kehidupan':

Untuk berniaga, kita memerlukan sebuah syarikat, samada syarikat 'enterprise', sendirian berhad, berhad atau koperasi. Tetapi komponen utama yg menjalankan syarikat itu adalah manusia juga. Manusia itu 'hidup', maka membina manusia juga merupakan komponen utama membina syarikat/perniagaan. Ramai yg terlepas pandang tentang perkara membina manusia, siang malam membuat kerja membina perniagaan, jual, beli, kontrak dsbnya, tetapi.....macam-macam jadi lepas tu. Dengan sebab inilah Allah mengutus 25 para Rasul dan beribu Nabi untuk menyelesaikan masalah manusia....Insyallah jikalau permasalahan manusia di ambil kira, maka permasalahan perniagaan termasuk didalamnya.

Membina kehidupan juga membina perniagaan;

Pengurusan perniagaan juga berkait dengan pengurusan diri/individu. Ia bermula dengan diri yg nak mula atau yg nak berniaga tu. Kita tak boleh mengurus orang lain tanpa boleh mengurus diri sendiri. Tapi ada kawan saya berkata,'kita boss, cari pekerja dan beri arahan saja' apa susahnya...Ini menarik...Jikalau orang tersebut boleh mengurus perniagaan kita, maka dia akan buat sendiri perniagaan tersebut.Tetapi tidak mustahil boleh dilakukan, jikalau anda berada di level perniagaan 3 atau 4 diatas.

Komponen yg nak diuruskan dalam perniagaan :
  1. Pengurusan Diri
  2. Pengurusan Masa
  3. Pengurusan Pasaran dan 'Client'
  4. Pengurusan Operasi( pekerja,produk)
  5. Pengurusan Kewangan
  6. Pengurusan Sistem Syarikat
  7. Pengurusan Sumber-sumber luaran yg berkaitan(pembekal, forwarder, sub-kontraktor, konsultant dll)
Maksud hadith " Dalam badan manusia ada seketul daging, jikalau baik maka baiklah manusia, jikalau buruk maka buruklah manusia,...ianya ialah Hati.

Insyallah akan disambung.....










1 comment: