Riwayat Muaz bin Jabal :
“ Belajarlah kamu akan Ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah baginya pahala takutkan allah, menuntutnya pahala ibadah, mengulangkajinya pahala tasbih, mencarinya pahala jihad, mengajarnya kepada orang yg tak tahu pahala sadaqah, menyibarnya kepada ahli-ahlinya pahala mendampingi Tuhan. Sesungguhnya Ilmu itu petunjuk halal dan haram dan penyuluh (obor) jalan ahli syurga. Ia juga menjadi teman dalam kesepian, kawan dalam pengembaraan, teman bercakap bila keseorangan dan menjadi pemandu dalam masa senang dan susah. Ia juga menjadi senjata menentang musuh, menjadi hiasan disisi sahabat handai. Tuhan mengangkat dengannya beberapa kaum(darjat) seraya menjadikan mereka penganjur dan pemimpin dalam urusan kebajikan dan imam-imam yg dicontohi segala gerak-geri dan tindak-tanduk mereka serta dipatuhi pendapat mereka. Para malaikat gemarkan sifat perangai mereka itu sambil menyapu dengan sayap-syap mereka. Tiap-tiap yg basah dan kering memohon keampunan Tuhan untuk mereka. Ikan-ikan dilautan dan segala yg melata didalamnya turut beristigfar kepada mereka begitu juga binatang-binatang daratan yg liar dan yg jinaknya, kerana ilmu itu merupakan nyawa bagi hati kalbu dari dimatikan oleh kejahilan. Dialah lampu penyuluh dari terjatuh kedalam kezaliman (zalim atas diri sendiri dan kepada orang lain). Dengan Ilmu dapat seseorang mencapai darjat ‘Akhyar’ dan segala darjat yg tinggi baik didunia maupun diakhirat. Membanyakkan fikiran mengenai Ilmu menyamai ibadat puasa, matla’ahnya menyamai sembahyang tengah malam. Dengan rahim kerabat disambung dan dengannya diketahui halal dan haram. Dialah imam, dan amal sebagai pengikutnya. Diilhamkan dia kepada golongan yg bahagia dan dihampakan dia dari golongan yg celaka”
Untuk renungan dan amalan
No comments:
Post a Comment