‘JENAMA PILIHAN’ (BRANDING)
Jika anda pergi ke kedai atau pasaraya dan ingin membeli sabun atau shampoo, jenama apa yg ingin anda beli ? ataupun anda memang tidak kisah tentang jenama,dan terus beli sahaja.
Pilihan jenama ini bermula kerana beberapa sebab, antaranya ialah:
a. Anda memerlukan produk yg berkualiti
b. Anda tidak tahu memileh, kerana terlalu banyak produk di rak pasaraya tersebut
Tetapi benarkah produk yg berjenama itu berkualiti ? Dan kenapa ia disebut berjenama ? atau jenama diujudkan kerana ‘mereka/manusia tidak boleh membuat pilihan’?
Kebiasaannya mereka akan memileh shampoo jenama yg diiklankan diTV atau majallah kerana melihat wanita cantik dengan rambut yg lembut mengurai dsbnya. Atau anda akan memileh jenama yg di sarankan oleh jurujual (promoter) dipasaraya tersebut, atau anda akan memileh sendiri produk tersebut dengan meneliti botolnya, ramuan yg tertulis, gambarnya, warnanya, cuba membuka botol dan mencium baunya dsbnya.
Kenapa jenama penting dalam kehidupan manusia?
a. Untuk membantu manusia membuat pilihan produk
b. Untuk menandingi pesaing produk/pernigaaan
c. Menunjukkan kualiti atau kestabilan produk/perniagaan
d. Untuk produk terus berada dipasaran(dihati pengguna)
‘Jenama’ dan anda
Dalam perniagaan anda juga perlu membina ‘jenama’ tersebut. Sebelum syarikat mempunyai jenama/imej tersendiri, anda sebagai tuannya perlu membina jenama tersebut untuk memberi keyakinan kepada pengguna/pembeli untuk membeli produk/servis anda. Kebanyakan pengguna membeli kerana pengaruh penjualnya dan juga pengaruh barang tersebut. Aksi/keterampilan penjual memberi 60-80% dan ‘kualiti’ produk 30-50% mempengaruhi pembeli.
Jadi, untuk berniaga, anda memerlukan jenama juga.
Membina ‘jenama’ adalah membina ‘diri anda’ dan juga membina pekerja anda dan produk syarikat anda. Faktor-faktor ini memberi pengaruh manusia keatas jenama syarikat atau jenama diri anda.
Bagaimana membina ‘jenama’ ?
a. Membina personality diri
b. Membina personality pekerja
c. Membina personality barangan
Perinciannya saya akan mengulas satu persatu:
a. Membina personality diri
Rata-rata persoalan ‘diri’ adalah persoalan sejagat. Bukan anda seorang sahaja sedang memikirkan persoalan ini. Persoalan ini difikirkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Presiden Amerika Syarikat dan juga ketua sebuah organisasi atau ibu-bapa kita sendiri, iaitu bagaimana membina ‘manusia’. Dengan sebab itu Allah SWT menurunkan 25 orang rasul, beribu nabi-nabi dan pulohan ribu orang alim, cerdik pandai, ustadz, guru-guru, motivator dan ibu-bapa untuk membentuk ‘diri’ manusia itu.
Maksud hadith : Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik maka baiklah badan tersebut, dan jika jahat maka jahatlah ianya, ianya ialah ‘hati’. Jadi pembinaan jenama dan diri anda adalah bermula disini.
Insyallah, akan disambung….
Bismillah. salam.
ReplyDeleteAlhamdulillah satu maklumat yang penting.
Ya betul untuk para usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaan, memperkenalkan 'brand' ataupun jenama sangat penting. Tanpa memperkenalkan jenama sesebuah perniagaan itu pasti gagal walaupun mempunyai produk yang sangat hebat. Oleh itu, penjenamaan itu perlu di ambil perhatian serius bakal2 usahawan. Berusaha dengan gigih teras kejayaan. InsyaAllah.